Categories
Gaya Hidup Kewangan Teknologi

Apple Pay Kini Sudah Boleh Digunakan Di Malaysia

Apple kini telah menambah sokongan Apple Pay di Malaysia, sekaligus membolehkan para pengguna untuk pautkan kad kredit atau debit ke peranti seperti iPhone dan Apple Watch, seterusnya menggunakan ia dalam melakukan pembayaran secara nirtunai dengan sentuh peranti pada terminal pembayaran. Ia juga menyokong platform seperti Shopee.

Categories
Gaya Hidup

Skechers x Demon Slayer Kini Di Malaysia Pada Harga RM459

Skecher kini telah menawarkan kasut edisi terhad bertemakan Demon Slayer di Malaysia, dalam 3 pilihan berbeza memfokuskan watak utama Demon Slayer, iaitu Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado dan Zenitsu Agatsuma. Kasut ini dijual pada harga RM459 setiap satu.

Categories
Gaya Hidup Semasa

McD Kini Kembalikan Set Sajian Saiz Besar – Masalah Kekurangan Kentang Goreng Diatasi

Tidak lama sebelum ini, McDonald’s telah umum kekurangan kentang goreng, membuatkan mereka tidak menawarkan set sajian bersaiz besar, selain membolehkan pengguna tukar pilihan kentang goreng kepada makanan sampingan lain. Kini, masalah tersebut telah diatasi, dan sajian saiz besar kembali semula di McD.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Shopee : Rakyat Malaysia Semakin Gemar Beli Produk Lestari Atau Mesra Alam

Shopee kini berkongsi tinjauan terkini, mengatakan permintaan meningkat sebanyak 14% melibatkan produk lestari dan mesra alam. Ia dikatakan lebih selesa digunapakai untuk jangka masa panjang. Ini termasuk meliputi produk isi rumah seperti lampu solar, penghawa dingin, termasuk barangan keperluan, dan juga produk kebersihan diri organik.

Categories
Gaya Hidup

Metalfish Y2 – Kerangka PC Yang Turut Dilengkapi Akuarium

Metalfish, sebuah firma dari China kini menawarkan kerangka PC Y2. ia membawakan rekaan unik dengan menyertakan sebuah tangki akuarium ikan di bahagian atas kerangka. Akuarium berkenaan berkapasiti 13 liter, sementara kerangka PC pula menyokong papan induk bersaiz Micro-ATX atau Mini-ITX.

Categories
Gaya Hidup

McDonald’s Kini Sokong Pembayaran Menggunakan Boost, Perbankan Internet Untuk Ciri Pesan & Ambil

McDonald’s menerusi ciri Pesan & Ambil telah pun menambah dua lagi sokongan pembayaran iaitu menggunakan dompet digital Boost dan juga perbankan internet. Ini sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna, berbanding hanya kad kredit dan debit sebelum ini.

Categories
Gaya Hidup

HBO Max Bakal Digantikan Dengan Penstriman Baharu Pada 2023

Warner Bros Discovery kini mengesahkan perkhidmatan HBO Max akan digantikan dengan sebuah perkhidmatan penstriman baharu. Kandungan masih akan dikekalkan, tetapi peralihan ini untuk mengatasi masalah prestasi dan teknikal pada perkhidmatan penstriman tersebut. Ia juga bakal digabungkan dengan Discovery+.

Categories
Gaya Hidup Kewangan Teknologi

Tahukah Anda? Boleh Guna ShopeePay Untuk Beli Di Google Play Store

Google Play Store merupakan gedung aplikasi dan permainan pada platform Android. Ia menawarkan kandungan percuma, dan untuk berbayar pengguna boleh membeli menggunakan penggunaan kad kredit, kad debit, Touch n Go eWallet, kad prabayar, dan tahukah anda, anda juga boleh menggunakan ShopeePay!

Categories
Gaya Hidup

Balenciaga Hadir Dengan ‘Trash Pouch’ Yang Diilhamkan Dari Beg Sampah – Harga Sekitar RM8,000

Balenciaga yang terkenal dengan penawaran produk mewah, kini hadir dengan sebuah produk dinamakan Trash Pouch, menjadikan ia beg sampah paling mahal, dengan bahan premium serta tali guni dengan teks ikonik Balenciaga, pada harga menghampiri RM8,000.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Razer Kini Mempunyai Skuter Elektrik Pada Harga RM6,600

Razer kini bekerjasama dengan Niu, dan menawarkan skuter elektrik merekaa tersendiri dinamakan Niu x Razer SQi Edition. Ia hadir dengan motor 400W dengan kelajuan mencapai 25km/j. Pengecasan penuh juga membawa perjalanan sejauh 65km. Ia dijual di China pada harga RM6,600.