Categories
Gaya Hidup Teknologi

Taman Tema Genting Skyworld Perkenal Penggunaan Sistem Beratur Maya

Taman Tema Genting Skyworld kini memperkenalkan ciri beratur secara maya melalui penggunaan telefon pintar dan juga imbasan kod QR khusus. Melaluinya, ia membantu pengurusan pengunjung, tanpa perlu pengunjung menunggu di sesuatu lokasi terlalu lama. Pengguna akan terima notifikasi apabila waktu mereka telah hampir.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Admin WhatsApp Group Kini Boleh Delete Mesej Pengguna Lain

WhatsApp kini mula memperkenalkan ciri baharu, membolehkan admin sesuatu WhatsApp Group untuk memadam mesej pengguna lain. Dengan langkah ini, ia membolehkan Admin Group untuk menguruskan komunikasi dengan lebih efektif, dan mengelak mesej tidak dikehendaki daripada dikongsikan peserta sesuatu WhatsApp Group.

Categories
Gaya Hidup

Bye Pepsi – KFC Dan Pizza Hut Beralih Sepenuhnya Ke Coca-Cola

Coca-Cola Malaysia dan QSR kini secara rasminya umum kerjasama, dan akan menyajikan minuman Coca-Cola di lebih 740 kedai KFC dan lebih 440 restoran Pizza Hut di seluruh Malaysia. Kini ia telah mula ditawarkan berperingkat, dan dijangka beralih sepenuhnya menjelang awal September 2022.

Categories
Gaya Hidup

Balenciaga x Crocs Membawakan Beg Pemegang Telefon Pada Harga Mencapai RM3450

Balenciga sedia terkenal dengan penawaran produk-produk mewah mereka. Terbaru, Balenciaga bekerjasama dengan Crocs, dan hadir dengan penawaran eksklusif berbentuk beg pemegang telefon berbentuk gantung, dan ditawarkan pada harga mencapai RM3450.

Categories
Gaya Hidup

PM Sepanyol Menggesa Golongan Pekerja Tidak Memakai Tali Leher Untuk Menjimatkan Tenaga

Disebabkan oleh cuaca makin panas, ia turut membawa kepada permintaan penggunaan elektrik tinggi. Di Sepanyol, Perdana Menteri menggesa golongan pekerja untuk tidak memakai tali leher apabila ke pejabat bagi mengurangkan penggunaan kuasa elektrik. Tanpa tali leher pekerja tidak akan cepat panas dan akan kurang menggunakan pendingin hawa.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kerajaan Sasar Pengenalan Sistem Tol Aliran Bebas Tanpa Palang Seawal 2026

Kerajaan kini telah menetapkan sasaran untuk memperkenalkan laluan lebuhraya bebas palang tol menjelang 2026 kelak. Dengan sistem aliran tol bebas tanpa palang tol ini, ia dijangka mengurangkan lagi kesesakkan pada plaza tol, dan memudahkan lagi aliran trafik. Beberapa sistem kini sedang dikaji buat masa ini.

Categories
Gaya Hidup

IKEA Hadir Dengan Menu Khas Sempena Bulan Kemerdekaan, Rendang Bebola Daging

Bersempena bulan Kemerdekaan, Ogos, pihak IKEA kini hadir dengan menu khas, iaitu Rendang Bebola Daging. Ia mengadunkan tekstur dan aroma wangi seakan rendang asli, dan disebatikan di dalam bebola daging IKEA. Ia dijual pada harga RM16.50 untuk 16 biji bebola.

Categories
Gaya Hidup

Montblanc Tampil Dengan Rekaan Pen Diinspirasi Dari Kisah Dongeng

Montblanc sedia hadir dengan sejumlah penawaran barangan mewah, dan terkini mereka memperkenalkan pen edisi terhad bertemakan cerita dongeng rakyat, Hansel & Gretel, Sleeping Beauty, Rapunzel dan Snow White. Setiap pen mempunyai keunikkan tersendiri, termasuk penggunaan emas putih, selain ukiran eksklusif.

Categories
Gaya Hidup Teknologi Uncategorized

GSC Bakal Perkenal Perkhidmatan Penstriman Tersendiri – GSC Now

Dengan populariti perkhidmatan penstriman, kini GSC turut tidak ingin ketinggalan. Terbaru, GSC telah mula mengacah pengenalan perkhidmatan penstriman tersendiri dinamakan GSC Now. Ia dijangka akan menyertakan pelbagai filem edaran GSC melaluinya, sekaligus memudahkan pengguna untuk menonton filem terus dari rumah tanpa perlu ke pawagam.

Categories
Gaya Hidup Teknologi Uncategorized

TM Akan Pindahkan Semua Pelanggan Streamyx Ke Fiber Menjelang 2025

Telekom Malaysia menyasarkan untuk pindahkan semua pelanggan Streamyx dan Unifi Lite ke perkhidmatan internet fiber menjelang 2025 kelak. Pada hari ini, terdapat sekitar 300,000 pelanggan Streamyx di Malaysia. TM sudah berhenti menerima pendaftaran baharu untuk perkhidmatan Streamyx dan Unifi Lite sejak awal tahun ini.