Categories
Semasa

PM : Malaysia Berdepan Saingan Pekerja Mahir, Negara Maju Tawar Gaji Lebih Tinggi

Perdana Menteri hari ini berkongsi lanjutan daripada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, dimana negara menghadapi cabaran dalam mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Selain itu, cabaran turut dihadapi untuk kekalkan dan menarik bakat berkemahiran, disebabkan negara maju tawar gaji lebih tinggi. Beberapa dasar sedang diperhati bagi menangani cabaran pasaran buruh ini.

Categories
Semasa Teknologi

Shopee Feed Akan Dihentikan Dan Digantikan Dengan Shopee Live Pada 31 Ogos

Shopee kini memaklumkan semua pengguna yang mana ciri Shopee Feed akan dihentikan bermula 31 Ogos akan datang. Ikon Shopee Feed pada bahagian bawah aplikasi akan digantikan dengan Shopee Live. Menurut Shopee, ciri ini akan dihentikan agar penjual memanfaatkan ciri siaran langsung yang sedia ditawarkan.

Categories
Semasa

Lebih 65% Pekerja Malaysia Memilih Tidak Ambil Cuti – Meskipun Alami Tekanan, Sakit Fizikal

Ternyata meskipun memiliki penawaran cuti sakit untuk kumpulan pekerja, di Malaysia – lebih 65% responden mengakui tidak mengambil cuti sakit walaupun tidak sihat secara fizikal (68%) dan alami tekanan mental (65%). Sekitar 61% pekerja Malaysia turut percaya bilangan mengambil cuti sakit mempengaruhi penilaian prestasi pekerjaan mereka.

Categories
Semasa

Penduduk Bumi Diramal Mencapai 8 Bilion Orang Pada November 2022 Ini

Penduduk bumi diramal akan mencecah angka 8 bilion pada 15 November 2022 menurut laporan terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam laporan yang sama penduduk bumi dijangka mencecah 8.5 bilion menjelang 2030, 9.7 bilion menjelang 2050 dan 10.4 bilion menjelang 2080.

Categories
Gaya Hidup Semasa

MINISO Bakal Buang Elemen Jepun Pada Kedai Fizikal Mereka Untuk Tampak Lebih Seperti Jenama China

MINISO merupakan syarikat barangan runcit daripada China yang menawarkan pelbagai pilihan produk gaya hidup dari Jepun dengan harga yang berpatutan. Mereka kini meminta maaf mengatakan telah melakukan kesilapan mengetengahkan jenama mereka sebagai jenama Jepun, dan kini dalam proses ubah-suai dan tampil sebagai kedai milik China.

Categories
Semasa

Johor Dilaporkan Ingin Laksana Kerja 4 Hari Setengah Seminggu – Cuti Sabtu, Ahad, Dan Jumaat Separuh Hari

Johor kini dilaporkan akan selaras semula cuti hujung minggu kepada hari Sabtu dan Ahad. Di samping itu, hari Jumaat pula dikatakan akan dijadikan cuti separuh hari untuk penduduk bekerja. Langkah pertukaran hari minggu bersama separuh hari bekerja pada Jumaat ini hanya akan dimaklumkan setelah kerajaan negeri menerima perkenan Sultan.

Categories
Semasa

Kuantan Dan Ipoh Akan Denda Premis Yang Gagal Pasang Jalur Gemilang

Bersempena Hari Kebangsaan ke-65 menjelang tiba pada 31 Ogos, kini beberapa majlis perbandaran mula mengambil langkah mengalakkan keterujaan menyambutnya. Ini termasuk di Kuantan dan Ipoh, yang mana Majlis Perbandaran akan mengenakan denda terhadap premis perniagaan yang tidak kibarkan jalur gemilang, dengan denda maksimum sehingga RM250.

Categories
Semasa

Kementerian Pendidikan Memperkenalkan Portal Aduan Buli

KPM hari ini memperkenalkan Portal Aduan Buli, memudahkan untuk para pelajar, mangsa buli atau ibu bapa untuk melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah. Aduan akan disalurkan terus kepada pihak Kementerian pendidikan, sebelum langkah seterusnya diambil. Selain melalui portal, aduan juga boleh dilakukan melalui talian khas (03-88849352), selain emelkan kepada [email protected].

Categories
Semasa

Satria Dewa Gatotkaca – Filem Adiwira Dari Indonesia

Industri perfileman Indonesia semakin rancak dengan projek adiwira, dan terbaru filem Satria Dewa Gatotkaca hadir ke pawagam Malaysia. Filem ini berdasarkan cereka lagenda mengenai dewa-dewa yang muncul dalam wayang kulit di Jawa pada suatu ketika dahulu.

Categories
Gaya Hidup Semasa

53% Pekerja Di Malaysia Dilaporkan Tidak Mendapat Tidur Yang Cukup

Berdasarkan tinjauan AIA Vitality, ia menunjukkan ramai pekerja di negara tidak memiliki tidur yang mencukupi. 53% akui tidak memiliki tidur yang mencukupi, kurang daripada 7 jam sehari. Sementara 14% lagi mengatakan mereka memiliki kualiti tidur yang sangat lemah.