Categories
Gaya Hidup Semasa

Pearson Ingin Menjual Ebuku Teks Dalam Bentuk NFT Untuk Keuntungan Jualan Semula

Pearson mengeluarkan buku teks untuk sekolah rendah, menengah dan universiti. Terbaru, mereka mengumumkan akan mula menawarkan buku teks versi digital mereka dalam bentuk NFT. Dengan ini setiap kali ia bertukar tangan mereka akan mendapat keuntungan dengan setiap jualan semula. Pearson berkata secara purata buku teks akan dijual semula sebanyak tujuh kali.

Categories
Semasa

Malaysia Hasilkan 17,100 Tan Metrik Sisa Makanan Setiap Bulan

Kerajaan kini berkongsi mengatakan Malaysia menghasilkan 38,000 tan metrik pembuangan sisa pepejal setiap bulan. dan 45% daripadanya adalah pembuangan sisa makanan. Beberapa langkah kini sedang dilihat dalam mengatasi pembaziran ini.

Categories
Kewangan Semasa

Selangor Rancang Untuk Sumbang 30% KDNK Malaysia Mejelang 2025

Selangor kini membentangkan Rancangan Selangor Pertama, iaitu pelan 5 tahun Selangor dari segi pembangunan, ekonomi dan sebagainya. Melaluinya, Selangor turut menyasarkan untuk sumbang 30% daripada KDNK Malaysia menjelang 2025.

Categories
Semasa

Sehingga Jun 2022, Hutang Negara Kini Mencapai RM1.045 Trilion

Mengikut kedudukan hutang semasa, setakat akhir Jun 2022 – kerajaan Persekutuan negara memiliki sejumlah hutang RM1.045 trilion atau 63.8% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Untuk makluman, baki komitmen hutang 1MDB merangkumi bayaran prinsipal serta faedah adalah sebanyak RM32.08 bilion.

Categories
Semasa

Selangor Ingin Bangunkan Aplikasi Khas Untuk Menghadapi Krisis Banjir


Kerajaan Selangor kini merancang untuk bangunkan sebuah aplikasi khas dalam mendepani krisis banjir. Aplikasi tersebut akan hubungkan penduduk bersama aagensi serta sukarelawan, dan turut memudahkan menerima bantuan krisis.

Categories
Semasa

Harga Siling Minyak Masak Berbotol 5kg Ditetapkan RM34.70

Kerajaan kini menetapkan pelaksanaan harga siling untuk minyak masak berbotol 5kg, pada paras RM34.70. Harga siling ini adalah berkuat-kuasa daripada 8 Ogos 2022 ini. Harga siling minyak masak berbotol ini dijangka ditetapkan secara bulanan.

Categories
Semasa Uncategorized

Menteri : TNB Akan Berikan Rebat Kepada Pengguna Terjejas Dengan Gangguan Elektrik

Menteri kini mengatakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan diberikan rebat kepada pengguna terjejas dengan gangguan elektrik pada awal minggu ini. Info lanjut berkenaan dengannya bakal dibentangkan di Parlimen pada minggu hadapan. Sebelum ini, sekitar 1 juta pengguna terjejas dengan gangguan bekalan elektrik pada hari Rabu lepas.

Categories
Gaya Hidup Semasa Uncategorized

Farm Fresh Ingin Buka 50 Cawangan Kiosk “Jom Cha” Menjelang Penghujung 2022

Farm Fresh kini hadir dengan penawaran jenama minuman terbaru mereka, dinamakan Jom Cha. Melaluinya, sejumlah menu air disediakan, termasuk teh mutiara. Farm Fresh sasar untuk membuka sekitar 50 cawangan kiosk “Jom Cha” ini menjelang penghujung 2022 kelak.

Categories
Semasa Uncategorized

Kerosakan Eskalator Stesen LRT, Dijangka Siap Secara Berperingkat Bermula September Ini

Pihak pengurusan RapidRail kini menjangkakan pemulihan masalah kerosakan eskalator secara berperingkat bermula September 2022 ini. Kelewatan ini dilihat disebabkan oleh perlu menantikan alat ganti dari China. 56 eskalator telah dikenal-pasti mengalami kerosakan, dan 10 daripadanya kini sedang ditambah-baik.

Categories
Semasa Teknologi Uncategorized

MrBeast Menjadi Saluran YouTube Ke-5 Mencapai 100 Juta Pelanggan

MrBeast, salah satu saluran popular di YouTube, kini mencapai angka 100 juta pelanggan pada saluran YouTube. Saluran lain yang mencapai angka tersebut adalah T-Series (221 juta pelanggan), Cocomelon (139 juta pelanggan), SET India (138 juta pelanggan) dan PewDiePie (111 juta pelanggan).