Elon Musk sering berjenaka ingin membuat sesuatu perkara, tetapi tidak melakukannya. Terbaru, hari ini beliau berseloroh di Twitter, mengatakan ingin membeli kelab bola sepak Manchester United.
Elon Musk sering berjenaka ingin membuat sesuatu perkara, tetapi tidak melakukannya. Terbaru, hari ini beliau berseloroh di Twitter, mengatakan ingin membeli kelab bola sepak Manchester United.
FIFA kini umum penggantungan Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF), disebabkan campur tangan atau pengaruh daripada pihak ketiga dalam AIFF, dan ini melanggar Statut FIFA. Penggantungan ini juga bermakna kejohanan Piala Dunia B-17 Wanita yang dijadualkan berlangsung di India, kini tidak boleh berlangsung di sana.
Skuad hoki lelaki negara melakar sejarah apabila berjaya menjuarai Kejohanan Hoki Dalam Dewan (Indoor) Piala Asia buat julung kalinya. Kejayaan ini berjaya dicapai selepas menumpaskan juara bertahan, Iran dalam penentuan shoot-out yang berkesudahan 3-2. Iran sebelum ini juara 8 kali berturut-turut sejak 2008 lepas.
Kerajaan kini mengesahkan orang ramai boleh menonton perlawanan kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar secara percuma melalui tiga saluran, iaitu TV2, TV Okey dan juga Sukan RTM – selain strim melalui RTM Klik. Sebanyak 27 perlawanan akan disiar secara langsung, termasuk perlawanan akhir – selain 14 perlawanan dalam bentuk siaran tertunda.
Perdana Menteri kini mengumumkan setiap negeri di Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya satu litar untuk kegunaan drag race. Cadangan ini dijangka akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan pada Oktober kelak.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini mengumumkan Piala Futsal Malaysia akan diadakan pada Ogos 2023 kelak, selain mana saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) akan berlangsung bermula Februari 2023. Maklumat lanjut dijangka akan dikongsikan apabila semakin menghampiri kejohanan tersebut.
Dengan populariti metamesta yang kerap disebut, kini Manchester City dan PUMA mengambil peluang dan melakukan pelancaran jersi baharu mereka secara maya di alam Roblox. Mungkinkah selepas ini, lebih banyak pelancaran akan dilakukan seperti ini?
Selepas 11 hari, di Sukan Komanwerl Birminghan 2022, kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang sejumlah 23 pingat, iaitu 7 Emas, 8 Perak dan 8 Gangsa. Antara yang menyumbang emas adalah acara angkat berat, badminton berpasukan, gimnastik dan juga badminton beregu wanita.
EA Sports kini menjadi penaja nama baharu untuk liga bola sepak Sepanyol, sekaligus akan membawa kepada penjenamaan baharu terhadap liga berkenaan, dikenali dengan nama EA Sports FC LaLiga bermula musim 2023/24.
Pelari muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi kini mencatatkan rekod kebangsaan baharu dalam acara pecut 100 meter, apabila pelari berusia 18 tahun mencatatkan masa sepantas 10.09 saat.