Dell kini failkan paten, memperlihatkan ciri sokongan pengecasan nirwayar pada komputer riba, membolehkan sebarang peranti lain diletakkan pada bahagian bersebelahan trackpad, dan mengecas menggunakan komputer riba secara nirwayar.
Dell kini failkan paten, memperlihatkan ciri sokongan pengecasan nirwayar pada komputer riba, membolehkan sebarang peranti lain diletakkan pada bahagian bersebelahan trackpad, dan mengecas menggunakan komputer riba secara nirwayar.
PT Telkom Indonesia kini telah melancarkan dunia maya atau metamesta tersendiri, dinamakan metaNesia. Melalui metaNesia, pengguna boleh berinteraksi, berkolaborasi, selain melakukan transaksi dibawah platform tersebut secara maya melalui penggunaan avatar tersendiri. Sebuah platform NFT juga turut disediakan melengkapkan metaNesia.
Apple sedia membolehkan penerbit aplikasi mempromosikan aplikasi di App Store pada bahagian carian. Kini, ia dilihat Apple ingin memperluaskan lagi capaian pengiklanan dan promosi aplikasi, dan memaparkan ia pada bahagian “Today”. Ia dijangka akan dilabelkan, sekaligus memudahkan pengguna membezakan iklan berbanding perkongsian editor.
Rang Undang-Undang berkaitan untuk cukai ke atas belian barangan bernilai rendah secara atas-talian kini dibentangkan di Parlimen, dan menantikan kelulusan. Melaluinya, barangan bernilai bawah RM500 yang diimport melalui belian atas-talian, akan dikenakan cukai 10%.
Kerajaan kini telah menetapkan sasaran untuk memperkenalkan laluan lebuhraya bebas palang tol menjelang 2026 kelak. Dengan sistem aliran tol bebas tanpa palang tol ini, ia dijangka mengurangkan lagi kesesakkan pada plaza tol, dan memudahkan lagi aliran trafik. Beberapa sistem kini sedang dikaji buat masa ini.
LG kini umum kerjasama dengan pihak SoundHound, dan sedang membangunkan sistem kawalan suara dalam kereta. Ia membolehkan pengguna untuk memberikan arahan seperti, “turunkan tingkap”, “tukar radio” dan sejumlah arahan lain ketika sedang membantu.
Xiaomi kini memperkenalkan kaca mata pintar AR mereka dinamakan Mijia AR Glass. Ia hadir dengan skrin mikro OLED 0.23-inci yang membolehkan anda melihat kandungan AR, disamping kamera 50MP untuk rakaman, selain penjejakkan pergerakan tangan untuk kawalan.
BlackBerry kini menyatakan mereka akan menamatkan sokongan untuk aplikasi-aplikasi Android pada 31 Ogos 2022 ini, termasuk aplikasi BlackBerry Launcher, BlackBerry Keyboard, Privacy Shade, Password Keeper, dan juga DTEK. Dengan ini, ia juga memperlihatkan penamatan era BlackBerry.
Maybank kini menambah ciri baharu pada perkhidmatan perbankan, membolehkan pengguna menetapkan had transaksi FPX harian, sekaligus lebih mengawal perbelanjaan wang keluar dari akaun merea. Sekiranya tidak ditetapkan sebelum 20 Ogos 2022, Maybank secara automatik akan tetapkan ia maksima kepada RM3000 pada akaun anda.
YouTube Shorts adalah penawaran seumpama TikTok daripada pihak YouTube. Terbaru, YouTube menambah sokongan khas pada aplikasi Android dan iOS, memudahkan pengguna untuk menerbitkan kandungan Shorts sehingga 60 saat daripada sebarang video yang sedia ada milik mereka.