Samsung sedia menyertakan sehingga empat kamera pada siri Galaxy A. Namun, untuk tahun 2023 kelak, Samsung dijangka akan membuang sensor kedalaman, dan hanya memfokuskan kepada penawaran sensor utama, ultra-lebar dan makro sahaja.
Samsung sedia menyertakan sehingga empat kamera pada siri Galaxy A. Namun, untuk tahun 2023 kelak, Samsung dijangka akan membuang sensor kedalaman, dan hanya memfokuskan kepada penawaran sensor utama, ultra-lebar dan makro sahaja.
Samsung SDI kini telah memulakan pembinaan kilang bateri bernilai RM5.77 bilion di Seremban, dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025. Kilang bateri ini akan menghasilkan bateri untuk peralatan elektronik, kenderaan mobiliti mikro, dan juga kenderaan elektrik.
KFC dan Pizza Hut kini dilihat telah mula menggantikan penawaran air Pepsi yang selalu ditawarkan, kepada penawaran air Coca-Cola. Perubahan ini dilihat sedang dilakukan secara berperingkat di seluruh negara, dengan beberapa cawangan telah mula menawarkan Coca-Cola sebagai ganti Pepsi.
Tesla kini menyatakan mereka telah menjual 75% daripada pegangan Bitcoin mereka, selepas mengambil kira inflasi serta ketidak-tentuan ekonomi global. Sebelum ini, pada tahun lepas, Tesla telah membeli Bitcoin, dan menambahnya pada penyata kewangan mereka.
Google Malaysia hari ini melancarkan program dinamakan Gemilang. Melaluinya, Google menawarkan pensijilan untuk kerjaya dan kemahiran digital – selari permintaan pada masa kini. Peserta yang menerima pensijilan ini boleh memohon dibeberapa syarikat, termasuk Amanz, Astro, Maybank, Petronas, dan lain-lain.
DOSM kini berkongsi mengatakan golongan T20 menikmati subsidi RON95 sebanyak RM8 bilion, yang mana lebih tinggi berbanding apa yang dinikmati golongan B40. Melalui nilai sama, ia boleh digunakan untuk bina 16 buah hospital berkapasiti 300 katil, atau 160 buah sekolah.
Kerajaan kini bercadang untuk hadir dengan penawaran subsidi bil elektrik secara bersasar, menyasarkan kumpulan pendapatan B40, dan M40 – sementara mungkin kumpulan T20 akan dikenakan surcaj tanpa subsidi.
Leluri Studio, salah satu studio tempatan, kini telah mengumumkan filem animasi mereka, Naga-Naga Tasek Daksina : Lagenda Tasik Chini akan ditayangkan pada 30 Julai 2022 melalui YouTube. Bahagian 1 siri ini akan memfokuskan Puteri Sri Gumum, selain beberapa watak lain.
Majlis Olimpik Asia kini mengumumkan tarikh baharu penganjuran Sukan Asia Ke-19 di China, iaitu akan dianjurkan bermula 23 September 2023 sehingga 8 Oktober 2023. Sukan Asia ini ditangguhkan selama setahun kerana situasi Covid-19 di negara tersebut, berbanding sepatutnya pada 10 September tahun ini.
Gajah adalah satu-satunya haiwan yang tidak boleh melompat. Ini kerana, tulang di kaki gajah semuanya menghala ke bawah, sekaligus membuatkan mereka tidak mempunyai “spring” mencukupi untuk menolak badan dari tanah. Gajah juga sering membentuk kubu untuk menghalang binatang buas menyerang anggota gajah yang kecil.