Kementerian Kewangan kini arahkan setiap kementerian untuk melaksanakan penjimatan perbelanjaan. Hal ini termasuk mengarahkan setiap kementerian tangguh beli aset baharu, termasuk melibatkan perabot dan juga kereta.
Kementerian Kewangan kini arahkan setiap kementerian untuk melaksanakan penjimatan perbelanjaan. Hal ini termasuk mengarahkan setiap kementerian tangguh beli aset baharu, termasuk melibatkan perabot dan juga kereta.
Kini hadir laporan baharu mengatakan Microsoft mungkin perkenal versi baharu sistem operasi Windows setiap tiga tahun sekali. Dengan langkah ini, kita mungkin akan melihat pengenalan Windows 12 pada 2024 kelak, tiga tahun selepas pengenalan Windows 11 pada 2021 lepas.
Heinz, salah satu syarikat terkenal dengan penawaran sos, kini memperkenalkan kentang goreng berbentuk sudu. Ia membolehkan anda mencedok sos yang diperlukan menggunakan kentang goreng tersebut, dan seterusnya memakan ia.
Wordle merupakan salah satu permainan tekaria perkataan yang popular berasaskan web. Setiap hari, pemain diberikan satu perkataan yang perlu diteka. Kini, pihak Wordle turut umum kerjasama dengan Hasbro, dan bakal menawarkan permainan versi fizikal seawal Oktober 2022.
Facebook kini menguji membenarkan pengguna mempunyai sehingga lima profil berbeza dibawah satu akaun. Ini membolehkan anda membahagikan penggunaan – termasuk untuk kegunaan peribadi, keluarga terdekat, untuk kerja, untuk permainan, dan sebagainya.
Menteri Kesihatan kini mengesahkan kabinet telah luluskan draf RUU yang melarang jualan produk tembakau, rokok dan vape kepada mereka yang lahir selepas tahun 2005. Kini ia menanti pembentangan di Parlimen, untuk kelulusan sebelum diimplementasikan.
Pin baju moden dikatakan telah dicipta Walter Hunt, apabila sedang memutar sepotong dawai kawat, dengan menghubungkan satu bahagian kepada bahagian menahan titik pin dalam sarung pelindung. Idea tersebut terhasil ketika beliau mencari sesuatu untuk melunaskan hutang 15 dolar. Kemudian, paten untuk rekaan ini dijual pada harga 400 dolar untuk melunaskan hutang beliau.
Perkembangan teknologi membawa kepada penggunaan sensor resolusi besar pada telefon. Kini, ia diperkatakan Xiaomi sedang bangunkan telefon baharu yang hadir dengan sensor kamera sebesar 200MP. Mungkinkah ia turut akan hadir dengan teknologi Leica?
Lenovo kini mengeluarkan peringatan melibatkan hampir 70 model komputer riba, yang terdedah dengan kerentanan melibatkan sistem BIOS. Lenovo telah mengeluarkan kemaskini firmware, yang boleh dipasang secara manual pada komputer yang terkesan hari ini.
Nisbah penduduk di Malaysia memperlihatkan jurang antara lelaki dan wanita meningkat. Mengikut data terkini, nisbah lelaki ke wanita adalah 110 : 100, berbanding pada 1970 lepas, ia sekitar 103:100. Ini didorong dengan kemasukkan lebih ramai pekerja asing lelaki, selain kadar kelahiran bayi lelaki yang lebih tinggi.