Minggu ini, jam tangan mekanikal paling nipis di dunia dilancarkan, dengan ketebalan hanya 1.75mm sahaja. Rekaan tali jam adalah lebih tebal daripada muka jam. Jam tangan ini dijual pada harga hampir RM8.3 juta seutas.
Minggu ini, jam tangan mekanikal paling nipis di dunia dilancarkan, dengan ketebalan hanya 1.75mm sahaja. Rekaan tali jam adalah lebih tebal daripada muka jam. Jam tangan ini dijual pada harga hampir RM8.3 juta seutas.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mengurangkan cukai hiburan yang dikenakan pada kandungan tempatan. Pada hari ini, cukai tersebut adalah 25% di seluruh Malaysia.
Kementerian Kewangan kini mengatakan kerajaan sedang menguji mekanisme subsidi bahan api yang disasar, dan akan kemukakan ia kepada kabinet sebaik sahaja siap. Dengan langkah ini, ia akan memastikan kumpulan B40 mendapat faedah selayaknya daripada bantuan yang disediakan.
Xiaomi kini menyasarkan untuk memperkenalkan kereta dibawah jenama mereka tersendiri menjelang 2024 kelak. Selari dengannya, Xiaomi telah memulakan ujian berkaitan dengan kereta swapandu di China, termasuk menguji pelbagai sensor dan juga perisian yang akan melengkapkan kenderaan mereka.
Tsutaya Books, kedai buku terbesar di Jepun kini telah memperluaskan penawaran ke Malaysia, dan membuka cawangan pertama di Bukit Jalil. Ia hadir integrasikan kafe, bahagian kecantikan dan produk penjagaan diri dalam kedai buku – termasuk ruang eduria.
Meta, syarikat disebalik Facebook dan Instagram kini mengumumkan pencapaian terbaharu, membolehkan mereka terjemah lebih 200 bahasa menggunakan kecerdasan buatan. Ini merupakan salah satu pencapaian terbaik, dan sangat berguna apabila ingin ke arena metamesta yang memudahkan pengguna berkomunikasi tanpa masalah bahasa.
Pahang kini peruntukkan RM2 bilion dalam membangunkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan, dikawasan Gebang. Ia bakal dimulakan sekitar 2023, dan disasarkan beroperasi pada 2026 kelak.
Kini sebuah perkhidmatan insurans untuk akaun Instagram diperkenalkan di Amerika Syarikat, dinamakan Notch. Ia sekaligus memudahkan influencer untuk melindungi akaun dan mendapatkan perlindungan sekiranya akaun digodam dan membawa kerugian kepada mereka.
Dengan hype berkenaan dengan web3, kini sebuah syarikat dinamakan Polium turut sedang membangunkan konsol dengan permainan yang mengintegrasikan rantaian-blok, web3 dan juga NFT. Spesifikasi penuh untuknya masih tidak dikongsikan lagi buat masa ini. Ia dijangka dilancarkan pada 2024 kelak.
Kini hadir desas-desus baharu mengatakan OnePlus akan asingkan jenama Nord sebagai syarikat tersendiri. Sebelum ini, mereka menawarkan sejumlah telefon dibawah OnePlus Nord menyasarkan telefon berspesifikasi rendah dan pertengahan.