Xiaomi hari ini memperkenalkan telefon pertama mereka dengan kamera Leica dengan sensor 1-inci keluaran Sony, iaitu Xiaomi 12S Ultra. Disamping itu, telefon ini turut dijana cip terbaru Snapdragon 8+ Gen 1, dan menyokong gambar format 10-bit RAW.
Xiaomi hari ini memperkenalkan telefon pertama mereka dengan kamera Leica dengan sensor 1-inci keluaran Sony, iaitu Xiaomi 12S Ultra. Disamping itu, telefon ini turut dijana cip terbaru Snapdragon 8+ Gen 1, dan menyokong gambar format 10-bit RAW.
Shopee kini umum perkhidmatan SPayLater mereka telah menerima pengesahan patuh syariah. Dengan penerimaan ini, mereka juga turut mengubah kepada caj perkhidmatan ansuran bulanan sebanyak 1.5%, disampinng sekiranya lewat bayar, akaun akan dibekukan, dan perlu bayar RM10 untuk pengaktifan.
Kerajaan kini mengambil maklum peningkatan harga barangan, sekaligus hadir dengan inisiatif “Menu Keluarga Malaysia” yang akan menawarkan menu makanan berkualiti pada harga siling RM3.50 per hidangan.
Ia kini dijangka sekitar 2.4 juta kenderaaan akan membanjiri lebuh raya bersempena dengan hari Raya AidilAdha pada penghujung minggu ini. Orang ramai diminta merancang perjalanan pulang ke kampung untuk mengelak sebarang kesesakan trafik melampau.
Arab Saudi kini peruntukkan sekitar $1 bilion setahun dalam mengkaji bidang anti-penuaan, sekaligus memanjangkan jangka hayat manusia untuk hidup sihat lebih lama lagi. Buat masa ini, skop penuh kajian belum dikongsikan. Langkah ini mungkin selari rakyat Arab Saudi yang menghidap obesiti dan diabetes semakin meningkat.
Filem Mat Kilau kini memecahkan rekod, dan menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi di Malaysia. Mat Kilau kini telah mencatatkan kutipan sebanyak RM39 juta selepas 2 minggu ditayangkan, sementara filem tertinggi sebelum ini adalah Munafik sebanyak RM37.7 juta.
Sistem inforia Atlas yang hadir pada kereta Proton seperti X70, X50, Iriz dan Persona, kini mengumumkan pengenalan sokongan aplikasi penstriman audio Spotify, sekaligus membolehkan pengguna mengawal lagu melalui Spotify Connect. Kemaskini ini akan hadir pada Q3 2022.
SKMM melalui laman Peta Jendela, kini memaparkan perkhidmatan Unifi Mobile 5G bakal ditawarkan tidak lama lagi. Buat masa ini, hanya Yes sahaja yang menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G kepada orang ramai.
Apple dijangka akan menyertakan sensor suhu pada Apple Watch Series 8, sekaligus membolehkan ia memantau perubahan suhu badan, dan memaklumkan pengguna sekiranya mengalami demam. Buat permulaan, ciri yang ditawarkan dijangka agak terhad.
Kerajaan Indonesia kini merancang untuk mengurangkan kapasiti pembantu rumah secara berperingkat ke Malaysia. Hal ini adalah disebabkan beberapa isu berbangkit, termasuk salah satunya melibatkan kebajikaan pekerja Indonesia di Malaysia.