Categories
Uncategorized

Tesla Ingin Memulakan Pengeluaran Robot Seawal 2023

Tesla sedia terkenal dengan penawaran kereta elektrik, dan kini turut ingin memperluaskan perniagaan mereka meliputi robot. Robot berbentuk manusia telah sedia dipertontonkan, dinamakan Optimus, dan disasarkan pengeluaran pada awal 2023 kelak. Ia dijangka akan digunakan untuk melakukan sejumlah tugasan dan kerja berulang yang dilakukan manusia pada hari ini.

Categories
Uncategorized

Honor – Jenama Telefon, Kini Hasilkan Skuter Elektrik

Honor merupakan salah satu jenama telefon pintar – termasuk menawarkan tablet dan komputer riba. Kini, dalam terus memperluaskan kategori produk, Honor turut memperkenalkan skuter elektrik dengan kelajuan sehingga 25km/j, dan jarak perjalanan 35km dengan pengecasan penuh.

Categories
Uncategorized

Partikel Plastik Ditemui Dalam Paru-Paru Manusia Hidup

Penyelidik dari University of Hull telah menemukan plastik mikro pada paru-paru manusia hidup buat pertama kali. Plastik adalah dari jenis yang biasanya digunakan pada bungkusan, botol dan pakaian. Yang merisaukan ialah plastik ditemukan pada bahagian bawah paru-paru yang selama ini difikirkan selamat kerana sistem penapis yang wujud dalam tubuh manusia.

Categories
Uncategorized

Hanya 48% Rakyat Malaysia Selesa Gunakan Wang Tunai Untuk Belanja Harian

Paynet kini berkongsi tinjauan mereka, memperlihatkan kadar penggunaan wang tunai semakin berkurangan, dan pengguna kini lebih beralih kepada penggunaan kad kredit, kad debit dan juga dompet digital. Tinjauan terbaru memperlihatkan hanya 48% rakyat Malaysia selesa gunakan wang tunai untuk belanja harian. Penggunaan wang tunai di kawasan luar bandar masih tinggi sekitar 63.5%, berbanding bandar sekitar 36.2%.

Categories
Uncategorized

Realme Kini Tidak Lagi Memberikan Pengecas Bersama Pembelian Telefon

Selepas Samsung dan Apple, kini Realme mengambil langkah untuk tidak lagi menyertakan kepala pengecas bersama pembelian telefon dalam kotak. Ini sekaligus akan memerlukan para pengguna membeli pengecas secara berasingan, atau menggunakan pengecas sedia ada di rumah. Perubahan ini telah dilakukan Realme bermula Realme Narzo 50A Prime.

Categories
Uncategorized

Rapid KL Mula Gunakan Bas Elektrik Di Dua Laluan

Rapid Bus kini mengumumkan mereka akan menjalankan ujian rintis menggunakan bas elektrik dia dua laluan di Kuala Lumpur, iaitu Laluan 400: Damai Perdana ke Hab Lebuh Pudu melalui Bukit Bintang, dan Laluan 650: Taman Desa ke Hab Pasar Seni. Ujian akan dilakukan sehingga 13 Jun 2022 kelak.

Categories
Uncategorized

Pelitup Muka Bukan Perubatan Perlu SIRIM Bermula Januari 2023

Kerajaan kini menyatakan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan pengilang atau diimport perlu mempunyai perakuan SIRIM bermula Januari 2023. Langkah ini sekaligus akan memudahkan para pembeli dan orang ramai mengenal-pasti pelitup muka berkualiti dan tidak tertipu dengan produk tidak berkualiti.

Categories
Uncategorized

Nescafe Edisi Khas Mobile Legends Kini Boleh Didapati Di 7-Eleven

Nescafe X Badang merupakan produk kolaborasi Nescafe bersama Mobile Legends yang menampilkan minuman kopi segera berperisa original yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia, dan kini boleh didapati di 7-Eleven pada harga RM3.50 setin.

Categories
Uncategorized

99% Populasi Dunia Kini Hidup Dengan Udara Tercemar

WHO kini telah mengemaskini indeks pencemaran dalam menyertakan kaedah pengiraan baharu, sekaligus menyatakan kini 99% populasi dunia hidup dengan udara tercemar. Ini sekaligus meningkatkan risiko penyakit berkaitan pernafasan, termasuk melibatkan jantung. Penggunaan tenaga lestari digalakkan dalam menjadikan udara disekeliling kita lebih bersih lagi.

Categories
Uncategorized

JPJ Memulakan Sistem Ujian Memandu Dalam Bentuk “E-Testing”

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini telah mula melaksanakan sistem ujian lesen memandu dalam bentuk e-Testing bermula April 2022. Dengan ini, kamera digunakan, dan angka pegawai JPJ yang bertugas dapat dikurangkan kepada hanya dua orang sahaja, berbanding sebelum ini, tujuh orang.