Categories
Uncategorized

Kad Touch ’n Go Baru Hadir Dengan NFC – Tambah-Nilai Terus Melalui Aplikasi TNG eWallet

Touch ’n Go kini telah mula menjual kad generasi baharu yang hadir dengan sokongan NFC. Dengan ciri baharu, ia memudahkan pengguna membuat tambah-nilai dengan sentuh pada telefon dengan sokongan NFC, dan tidak lagi perlu mencari kiosk. Kad baharu ini hadir dengan penggunaan selama 7 tahun, dan dijual pada harga RM10.

Categories
Uncategorized

Facebook Dijangka Perkenal Kaca Mata AR Seawal 2024

Meta, syarikat sebalik Facebook kini sedaang giat dalam pembangunan kaca mata pintar dengan teknologi realiti-terimbuh (AR). Ia dijangka menawarkan sejumlah notifikasi terus ke mata pengguna ketika memakainya, selain skrin berkenaan akan turut memberikan pengalaman panggilan video secara hologram. Kaca mata AR pertama Meta dijangka diperkenalkan seawal 2024.

Categories
Uncategorized

Apple Watch Dijangka Boleh Mengesan Glukosa Dan Tekanan Darah Seawal 2025

Apple sedia menambah beberapa ciri-ciri kesihatan pada Apple Watch – dari segi sokongan kecergasan, pemantauan denyutan nadi, ECG, dan juga corak tidur. Menambah kepadanya, Apple dijangka memperkenalkan ciri mengesan glukosa dalam darah dan juga tekanan darah seawal 2025 kelak.

Categories
Uncategorized

iQiyi Meningkatkan Harga Langganan Bulanan – Kini Bermula RM11.90 Sebulan

iQiyi, salah satu perkhidmatan penstriman di Malaysia yang menawarkan kandungan dari China, Korea, termasuk juga anime, kini telah mula meningkatkan harga langganan bulanan mereka. Sebelum ini, harga langganan bulanan minima adalah RM8.90 sebulan, tetapi kini telah ditingkatkan kepada RM11.90 sebulan. Perubahan ini adalah efektif sejak hujung Mac 2022.

Categories
Uncategorized

Pantas! – The Batman Akan Memasuki Perkhidmatan Penstriman HBO Go Minggu Hadapan

The Batman merupakan filem adiwira terbaru dari DC yang telah pun ditayangkan di Malaysia sejak bulan Mac lepas. Menariknya, selepas sebulan ia ditayangkan di pawagam, kini filem berkenaan akan boleh ditonton terus melalui perkhidmatan penstriman HBO Go di Malaysia bermula 18 April 2022. Perkhidmatan ini boleh dilanggan pada harga RM34.90 sebulan di Malaysia.

Categories
Uncategorized

AirAsia Mungkin Hadir Dengan Perkhidmatan Teksi-Terbang Seawal 2025

AirAsia sedia terkenal dengan penawaran penerbangan pada harga kompetitif, menghubungkan pelbagai negara di Asia Tenggara. Kini, selain daripada antara negara, AirAsia juga sedang melihat untuk menghubungkan perjalanan antarabandar dengan pantas melalui penggunaan teksi-terbang. Untuk tujuan tersebut, AirAsia telah umum kerjasama dengan Avolon, dan menyasarkan untuk mendapatkan kenderaan teksi-terbang seawal 2025 kelak.

Categories
Uncategorized

Sony Melabur $1 Bilion Pada Syarikat Sebalik Fortnite

Epic Games yang sedia popular dengan permainan Fortnite, hari ini mengumumkan mereka telah meraih suntikan pelaburan berjumlah $2 bilion – daripada Sony dan juga Lego. Dengan pelaburan baharu ini, ia membawa nilai Epic Games kepada $31.5 bilion.

Categories
Uncategorized

Vivo Memperkenalkan Telefon Dengan Skrin Boleh-Lipat

Vivo kini telah memperkenalkan telefon boleh-lipat seperti Samsung, hadir dengan skrin 6-inci yang boleh dibuka membentuk skrin bersaiz 8-inci. Vivo mengatakan ia boleh dibuka dan tutup lebih 300,000 kali, dan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, selain kamera berteknologi ZEISS.

Categories
Uncategorized

Kenapa Kuda Tidur Secara Berdiri?

Kuda tidur secara berdiri, kerana ketika duduk, ia sedikit berbahaya untuk haiwan berkenaan daripada bangun dan lari dari pemangsa. Hal ini disebabkan oleh masa yang diambil oleh haiwan berkenaan untuk berdiri, yang sedikit lambat berbanding dengan haiwan-haiwan lain. Apa pun, terdapat masa yang kuda akan tidur nyenyak dengan duduk dibawah, dan dijaga oleh ahli kumpulan kuda yang lain.

Categories
Uncategorized

KLIA Uji Teknologi Pengecaman Wajah Ganti Pas Penerbangan

KLIA kini telah mula menguji teknologi pengecaman wajah untuk penerbangan ke Langkawi – membolehkan pengguna mendaftar imbasan wajah di kaunter dan seterusnya melalui pintu penerbangan dengan mudah dan pantas. Data pengguna tidak disimpan, dan dipadam tiga jam selepas penerbangan berlepas dari KLIA.