Kerajaan kini memansuhkan harga kawalan siling untuk ayam dan juga telur ayam bermula 1 Julai 2022 kelak, sekaligus memberikan petanda harga jualan untuk ayam dan telur akan memperlihatkan peningkatan bermula bulan hadapan.
Kerajaan kini memansuhkan harga kawalan siling untuk ayam dan juga telur ayam bermula 1 Julai 2022 kelak, sekaligus memberikan petanda harga jualan untuk ayam dan telur akan memperlihatkan peningkatan bermula bulan hadapan.
Apple Watch sedia mempunyai pelbagai jenis aplikasi, dan kini sebuah aplikasi baru dinamakan WatchTube hadir, membolehkan anda menonton video YouTube pada skrin Apple Watch. Selepas ini, jangan lagi terkejut jikalau ada yang tenung jam tangan mereka lama-lama, kerana mungkin mereka sedang menonton YouTube.
Pada hari ini, kita sedia melihat beberapa pengeluar peranti memasarkan telefon dengan sensor 100MP, malah ada yang 200MP. Tidak ingin ketinggalan dalam arena tersebut, kini Sony turut dilaporkan bakal hadir dengan sensor 100MP untuk telefon pintar, dan menyasarkan peranti premium berspesifikasi pertengahan.
Mark Zuckerberg kini berkongsi mengatakan akan memperluaskan lagi sokongan koleksi digitalNFT di Instagram, disamping turut membawa ciri NFT ke Facebook, Instagram Stories dan juga SparkAR. Namun, ia dijangka akan memfokuskan pasaran Amerika Syarikat buat peringkat awal.
Eclimo, salah satu syarikat Malaysia kini memperkenalkan projek membina motorsikal elektrik mampu-milik, dinamakan Eclimo ES11. Ia dijangka mempunyai jarak perjalanan 100km dengan kelajuan 100km/j, serta mengambil masa pengecasan penuh 1 jam. Ia dijangka akan dijual pada harga RM9999.
Xiaomi yang terkenal dengan penawaran telefon pintar dan peranti berhubung, kini turut mempunyai penawaran robot dinamakan Cyberdog. Ia mampu melakukan sejumlah tugasan, termasuk mengikut arahan yang ditetapkan melalui integrasi kecerdasan pintar.
Sony kini sasarkan kemampuan kamera pada telefon pintar akan melangkaui kamera SLR menjelang 2024 kelak. Ini dikatakan boleh dijayakan dengan penggunaan sensor yang semakin lebih besar, disamping pemprosesan dan bantuan dari sistem kecerdasan buatan pada kamera telefon.
Chris Hemsworth sedia popular sebagai watak Thor dalam siri adiwira Marvel sejak tahun 2011 yang lepas. Terbaru, ia dilaporkan filem “Thor : Love & Thunder” yang akan ditayangkan tidak lama lagi ini mungkin menjadi filem terakhir beliau sebagai watak Thor.
Saintis kini berjaya melakukan eksperimen menggunakan tanah bulan, memperlihatkan pokok Arabidopsis berjaya bercambah selepas ditambah dengan nutrien pada tanah. Namun, saintis dapati ia tumbuh pada kadar lebih perlahan berbanding tanah biasa, serta menunjukkan tanda-tanda stres.
Presiden SpaceX kini berkongsi mengatakan manusia akan menjejakkan ke planet Marikh sebelum 2030 – dan berkemugkina tiba seawal 2029 kelak. SpaceX sedia merancang pengangkutan ke planet Marikh, disamping membina penempatan di sana. Setiap tiket penerbangan dijangka mencapai RM425,000 untuk seorang.