Categories
Uncategorized

Taylor Swift Ingin Arah Filem Tersendiri?

Taylor Swift merupakan salah seorang penyanyi yang sangat terkenal. Terbaru, Taylor Swift ingin mengarah filem sendiri, sekaligus menguji kemampuan diri beliau, dan menyahut cabaran sebagai seorang pengarah wanita. Perkara ini dikongsikan ketika tayangan filem pendek “All Too Well : The Short Film” yang diarah Taylor Swift.

Categories
Uncategorized

Bitcoin Terus Merah – Nilai Bitcoin Jatuh Dibawah RM120,000

Bitcoin kini terus memperlihatkan penurunan nilai pada minggu ini, dimana mencatatkan nilai dibawah RM120,000. Bersama dengannya, pelbagai kriptowang turut mencatatkan penurunan nilai – termasuk Ethereum pula pada nilai sekitar RM6,000.

Categories
Uncategorized

Squid Game Akan Kembali Untuk Musim Kedua Di Netflix

Netflix kini mengesahkan siri-TV Korea mereka yang sangat popular pada tahun lepas, iaitu Squid Game, akan kembali untuk musim kedua. Tarikh tayangan masih tidak diketahui lagi. Squid Game sebelum ini telah menerima 111 juta tontonan dalam masa kurang sebulan ditayangkan.

Categories
Uncategorized

China Ingin Jana Elektrik Di Angkasa Secara Solar Dan Pancar Ke Bumi, Seawal 2028

China kini ingin mengkaji pembinaan stesen jana kuasa solar di angkasa. Melaluinya, sebuah satelit akan digunakan untuk pemancaran tenaga yang dijana solar di angkasa ke Bumi secara nirwayar pada altitud 400km. Ia dijangka jana tenaga 10-megawatt seawal 2035 kelak sekiranya berjalan lancar.

Categories
Uncategorized

HTC Kembali! Telefon Baru Bakal Dilancarkan Pada 28 Jun

HTC kini menjadualkan tarikh 28 Jun untuk memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka. Telefon ini dijangka turut akan mengintegrasikan elemen metamesta atau realiti terimbuh melaluinya.

Categories
Uncategorized

Netflix Bakal Tawarkan 50 Permainan Pada 2022

Netflix sedia memperluaskan penawaran mereka meliputi arena gaming melalui Netflix Games. Berkongsi mengenainya, Netflix kini mengatakan akan terdapat lebih 50 Netflix Games untuk pengguna Android dan iOS menjelang penghujung 2022 ini, termasuk permainan La Casa de Papel, The Queen’s Gambit Chess, dan lain-lain siri popular.

Categories
Uncategorized

Selepas Muzik Dan Podcast, Spotify Akan Fokuskan Kepada Audiobook

Spotify pada hari ini menjadi tempat dituju untuk pelbagai perkara berkaitan audio. Spotify sedia menawarkan jutaan muzik, dan turut menyediakan akses kepada podcast. Kini, CEO Spotify turut mengumumkan mereka akan memberikan fokus terhadap arena audiobook – dan mula menambah pelbagai koleksi ke platform mereka.

Categories
Uncategorized

Telegram Akan Lancar Pelan Berbayar Pada Bulan Ini


Pengasas Telegram kini mengesahkan mereka akan melancarkan pelan berbayar untuk aplikasi permesejan pada bulan ini. Ia dijangka menawarkan beberapa ciri tambahan kepada pengguna, termasuk perkongsian fail sehingga 4GB, kelajuan muat-turun lebih pantas, disamping sokongan tanpa iklan.

Categories
Uncategorized

Kelak, Anda Boleh Pinjam Desktop Dan Laptop Dari Perpustakaan Selangor

Perpustakaan Selangor kini berkongsi mengatakan bakal menawarkan kemudahan meminjam peranti seperti desktop dan laptop. Ia dijangka ditawarkan bermula Ogos 2022 ini, dan boleh dipinjam sekitar 3 minggu – sebelum memperbaharuinya lagi selepas itu.

Categories
Uncategorized

WhatsApp Group Kini Sokong Sehingga 512 Orang

WhatsApp kini mengemaskini penawaran mereka, dan menawarkan sokongan sehingga 512 orang dalam sesuatu WhatsApp Groups. Dengan langkah ini, lebih ramai boleh menyertai sesuatu Groups dalam membincangkan pelbagai perkara – dan menyokong saiz komuniti lebih besar.