Categories
Uncategorized

Netflix Akan Tawar Pelan Langganan Murah Dengan Sokongan Iklan


CEO Netflix kini mengesahkan mereka akan tawarkan pelan langganan lebih murah, yang hadir dengan pengiklanan. Pelan khusus baharu ini sahaja yang bakal paparkan iklan, sementara pelan sedia ada yang lain akan kekal seperti biasa, bebas iklan. Pelan baharu ini dijangka diperkenal sebelum tamatnya 2022.

Categories
Uncategorized

Solana Saga – Telefon Web3 Berasaskan Android, Dibeli Guna Kriptowang Solana

Solana, salah satu platform rantaian-blok, kini telah memperkenalkan telefon tersendiri, dinamakan Solana Saga. Ia dipasarkan sebagai telefon Web3, memfokuskan privasi, dan hadir dengan integrasi kriptowang, serta ciri rantaian-blok lain.

Categories
Uncategorized

Volvo Menguji Trak Guna Sel Hidrogen – Hanya Menghasilkan Wap Air Ketika Beroperasi


Volvo minggu ini memulakan ujian untuk trak menggunakan bahan api berasaskan hidrogen. Dengan pengisian penuh, ia mampu bergerak sejauk 1000 kilometer. Ia juga sekadar hasilkan wap air ketika beroperasi.

Categories
Uncategorized

Sabah Kini Menguji Bas Elektrik Sebagai Pengangkutan Awam, Selama 6 Bulan


Sabah kini telah memulakan ujian rintis menggunakan bas elektrik sebagai pengangkutan awam, dan ditawarkan percuma selama 6 bulan. Ia diuji untuk laluan Sepanggar-Menara Kinabalu. Sekiranya berjalan lancar, bas elektrik akan digunakan seawal tahun hadapan.

Categories
Uncategorized

Harga Ayam Di Pasaran Tidak Akan Diapungkan – Harga Siling Baharu Bakal Diumum

Perdana Menteri kini mengumumkan harga ayam dipasaran tidak akan diapungkan selepas 30 Jun 2022 kelak, sebaliknya harga siling baharu bakal diumumkan tidak lama lagi. Perkongsian ini hadir lanjutan daripada kerajaan umum akan tamatkan subsidi untuk ayam, sekaligus membawa spekulasi harga ayam akan naik mendadak di pasaran.

Categories
Uncategorized

Tiada Perubahan Pada Tarif Elektrik Dan Air Di Semenanjung Malaysia

Perdana Menteri kini umumkan tiada sebarang perubahan pada tarif elektrik dan air di Semenanjung Malaysia. Ini bermakna, tarif elektrik akan kekal seperti pada hari ini tanpa sebarang kenaikkan. Kerajaan akan terus memberikan rebat 2 sen/kWj untuk pengguna domestik.

Categories
Uncategorized

Instagram Akan Guna Imbasan Wajah Untuk Pengesahan Umur Pengguna

Instagram kini perkenal kemudahan melakukan imbasan wajah dengan sokongan kecerdasan buatan apabila ingin mengesahkan umur. Ciri ini memfokuskan pengguna muda yang ingin mengesahkan umur mereka telah mencapai 18 tahun untuk mendapatkan pengalaman menyeluruh, termasuk sasaran pengiklanan.

Categories
Uncategorized

Malaysia Sedang Melakukan Kajian Tempoh Bekerja 4 Hari Seminggu

Timbalan Menteri Sumber Manusia kini mengatakan kajian berkaitan tempoh bekerja empat hari dalam seminggu kini sedang dijalankan. Ia termasuk melibatkan kesan terhadap majikan, disamping berkaitan prooduktiviti pekerja apabila tempoh empat hari bekerja dilaksanakan.

Categories
Uncategorized

Gojek Tiada Perancangan Memasuki Malaysia

Gojek kini secara rasminya mengesahkan mereka tiada perancangan untuk memasuki Malaysia. Kereta dengan logo Gojek yang ditemui di jalan raya di Malaysia adalah ketika sesi rakaman video untuk promosi kempen akan datang mereka.

Categories
Uncategorized

Bermula September, Pekerja Boleh Mohon Bekerja Secara Fleksibel

Timbalan Menteri Sumber Manusia mengatakan para pekerja boleh memohon Aturan Kerja Fleksibel bermula 1 September 2022 melalui pindaan Akta Kerja. Permohonan boleh dilakukan secara bertulis, dan majikan perlu memberi jawapan kepada pekerja dalam tempoh 60 hari.