Categories
Uncategorized

China Merancang Untuk Saring Semua Komen Sebelum Dipapar Secara Online

China kini sedang melihat kepada perundangan baru, yang akan memerlukan semua komen perlu disaring terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada sesuatu laman. Ia dikatakan langkah ini untuk menjaga keselamatan negara – tetapi ada yang turut menganggapnya akan mengekang kebebasan bersuara.

Categories
Uncategorized

Grab Malaysia Berikan Bonus RM1,000 Untuk Pemandu Baharu

Dengan kekurangan pemandu pada platform Grab, kini Grab Malaysia hadir dengan penaawaran bonus pendaftaran sehingga RM1,000 untuk individu yang berdaftar selaku raka pemandu baharu. Tawaran ini disediakan oleh Grab sehingga 31 Julai 2022 kelak.

Categories
Uncategorized

Safee Sali Perkenal Koleksi NFT Tersendiri, Berjudul “SEPULUH”

Safee Sali yang merupakan penjaring terbanyak saingan Piala AFF 2010 sebelum ini, kini telah melancarkan koleksi NFT tersendiri, berjudul SEPULUH. Sebanyak 10 koleksi dilelong melalui platform OpenSea, yang mana turut membawa akses kepada komuniti khusus.

Categories
Uncategorized

Feri Desaru-Singapura Akan Beroperasi Mulai 7 Julai

Bermula 7 Julai, penduduk Singapura boleh ke Malaysia melalui feri secara terus ke Terminal Feri Pantai Desaru, Johor. Perjalanan dijangka sekitar 90 minit, dan mampu menampung sekitar 330 penumpang untuk setiap perjalanan.

Categories
Uncategorized

MEASAT-3d Membawa Sokongan Liputan Internet 100% Di Malaysia

Satelit MEASAT-3d telah pun dilancarkan secara rasminya, sekaligus membawakan liputan sambungan komunikasi dan internet menyeluruh, 100% di Malaysia melalui perkhidmatan CONNECTme. Ia juga akan membolehkan penawaran internet berkelajuan 100Mbps melalui satelit ke kawasan pedalaman.

Categories
Uncategorized

Amazon Alexa Kelak Boleh Mimik Suara Sesiapa Sahaja

Amazon kini menyatakan mereka ingin membolehkan Alexa, pembantu maya digital berasaskan suara mereka itu untuk mimik suara sesiapa sahaja tidak lama lagi, sekaligus memudahkan anda mengalami pengalaman seumpama berinteraksi dengan orang yang tersayang.

Categories
Uncategorized

Elon Musk : “Saya Tidak Pernah Suruh Sesiapa Untuk Perlu Melabur Pada Kriptowang”

Elon Musk kini mengatakan beliau tidak pernah kata orang perlu melabur pada kriptowang. Mengulas lanjut, beliau mengatakan Tesla, SpaceX dan beliau sendiri mempunyai pegangan peratusan kecil aset dalam bentuk kriptowang. Walaupun tidak pernah mengatakan secara terus, tetapi Elon Musk sering promosikan kriptowang seperti Dogecoin.

Categories
Uncategorized

Satelit MEASAT-3d Berjaya Dilancarkan Ke Angkasa

Satelit MEASAT-3d kini telah berjaya dilancarkan ke angkasa dari French Guiana sekitar pukul 5.50 pagi. Satelit ini dijangka menyokong teknologi komuikasi terbaru, termasuk sokongan pemindahan data berkapasiti tinggi. Ia menelan belanja RM1.2 bilion, dan dilancar melalui roket Ariane 5.

Categories
Uncategorized

Twitter Notes Kini Rasmi – Memudahkan Perkongsian Lebih Panjang Pada Twitter

Twitter hari ini telah memperkenalkan ciri Twitter Notes, sekaligus membolehkan para pengguna berkongsi artikel panjang melangkaui 280 aksara pada platform tersebut. Ia masih pada peringkat beta, dan dilihat perkongsian Twitter Notes boleh dibaca dengan mudah tanpa meninggalkan aplikasi atau laman Twitter.

Categories
Uncategorized

TM Sedang Naik-Taraf Infrastruktur Unifi Di Seluruh Negara Untuk Internet Lebih Laju Dan Stabil

Telekom Malaysia kini umumkan sedang melakukan kerja-kerja naik-taraf dan penyelenggaraan infrastruktur dan rangkaian Unifi di seluruh negara. Sekiranya kawasan anda terkesan, anda akan dimaklumkan melalui SMS. Kerja naik-taraf ini untuk penawaran internet lebih laju dan stabil.