Categories
Uncategorized

Semua Fasiliti Kesihatan KKM Terima Pembayaran Nirtunai Bermula 1 Oktober

Kementerian Kesihatan Malaysia kini menyatakan semua fasiliti seperti klinik dan lain-lain dibawah mereka akan terima pembayaran secara nirtunai bermula 1 Oktober – melalui kad debit, kredit atau dompet digital. Tunai hanya diterima jika pelanggan tidak mempunyai akses sedemikian.

Categories
Uncategorized

China Ingin Menjadikan Bulan Pusat Pertahanan Bumi Dari Asteroid

China kini berhasrat membentuk pos keselamatan dan pertahanan di Bulan yang akan melindungi Bumi daripada serangan asteroid. Sebanyak tiga satelit akan digunakan, dengan teleskop pemantauan berpusat di Bulan. Satelit berkenaan juga akan digunakan dalam melanggar dan mengubah arah sesuatu asteroid yang berbahaya ke Bumi.

Categories
Uncategorized

Prototaip Apple-1 Milik Steve Jobs Kini Dilelong – Mungkin Mencapai Lebih RM2 Juta

Apple-1, komputer pertama Apple dan juga produk pertama yang direka oleh Steve Wozniak pada 1976 lepas. Prototaip awal untuknya yang dinamakan Apple Computer A dan dimiliki oleh Steve Jobs kini sedia dilelong dan akan berakhir pada 18 Ogos kelak.

Categories
Uncategorized

Liga Super 2023 Benarkan Sehingga 9 Pemain Import Dalam Satu Pasukan

Malaysian Football League, kini berkongsi mengatakan setiap pasukan di Liga Super 2023 kelak boleh mempunyai sehingga 9 pemain import, berbanding hanya 5 pemain pada ketika ini. Namun, hanya 6 daripada 9 pemain boleh didaftarkan pada hari perlawanan.

Categories
Uncategorized

X-Men ’97 Bakal Ditayangkan 2023 Dengan Kisah Magneto Sebagai Ketua X-Men

X-Men merupakan salah satu siri dibawah Marvel yang mempunyai peminat ramai. Kini, akhirnya, ia dibangunkan sepenuhnya dibawah Marvel Studios, dimana siri X-Men ’97 akan menyentuh berkenaan Magneto menerajui pasukan X-Men selepas Professor X meninggalkan mereka. Siri ini akan ditayangkan pada 2023 di Disney+.

Categories
Uncategorized

Spider-Man : Freshman Year Akan Hadir Pada 2024

Marvel kini mengesahkan siri Spider-Man : Freshman Year, akan hadir pada tahun 2024 kelak, melalui Disney+. Ia akan menyentuh berkenaan kisah watak Spider-Man sebelum menyertai MCU melalui filem Captain America : Civil War sebelum ini.

Categories
Uncategorized

TM Sasar Liputan Fiber Di Sabah Capai 58% Menjelang 2025

Telekom Malaysia kini berkongsi aspirasi baharu, menyasarkan pemasangan fiber optik di Sabah mencapai liputan 58% menjelang 2025 kelak. Ia dijangka akan menyambungkan sekitar 145,000 premis di negeri tersebut. TM juga menyasarkan penambahan TMiX di Sabah, selain sokongan CDN.

Categories
Uncategorized

Kapal Malaysia Airlines Baharu Gantikan Skrin Sistem Hiburan Terbina Dengan Peranti Milik Pengguna

Malaysia Airlines kini perlihatkan rekaan kabin baharu untuk pesawat Boeing 737-800 NG. Ia tidak lagi menyertakan skrin terbina pada setiap kerusi penumpang, sebaliknya penumpang perlu menggunakan telefon pintar atau tablet peribadi untuk akses sistem hiburan dalam pesawat.

Categories
Uncategorized

Instagram Meletakkan Semua Video Bawah 15 Minit Dalam Reels

Instagram kini meletakkan semua perkongsian video dibawah 15 minit, dalam Reels. Dengan ini juga, tiada lagi tab khusus untuk video pada halaman profil, sebaliknya semua dipaparkan dibawah Reels.

Categories
Uncategorized

FashionValet.com Ditamatkan – Akan Memfokuskan Jenama dUCk Dan Lilit

Laman rasmi FashionValet.com hari ini memaparkan mesej mengatakan ia akan ditamatkan, dan mereka akan memfokuskan kepada jenama dUCk dan Lilit. FashionValet sebelum ini ingin menjadi pusat sehenti untuk mendapatkan pelbagai produk berkaitan fesyen, tetapi kini ditamatkan.