Categories
Uncategorized

Celcom Menambah Sokongan VoWiFi Untuk Pengguna iPhone

Celcom kini telah mula memperkenalkan sokongan VoWiFi (Voice Over WiFi) untuk para pengguna iPhone. Anda hanya perlu mengemaskini kepada iOS 15.6, dan boleh mengaktifkan ciri ini pada iPhone anda hari ini, sekaligus memastikan panggilan telefon lebih jelas menggunakan WiFi, sekiranya selular tidak begitu baik.

Categories
Uncategorized

Samsung Akan Kurangkan Bilangan Lensa Kamera Pada Siri Galaxy A

Samsung sedia menyertakan sehingga empat kamera pada siri Galaxy A. Namun, untuk tahun 2023 kelak, Samsung dijangka akan membuang sensor kedalaman, dan hanya memfokuskan kepada penawaran sensor utama, ultra-lebar dan makro sahaja.

Categories
Uncategorized

Samsung Mula Pembinaan Kilang Bateri Di Seremban – Bernilai RM5.77 Bilion

Samsung SDI kini telah memulakan pembinaan kilang bateri bernilai RM5.77 bilion di Seremban, dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025. Kilang bateri ini akan menghasilkan bateri untuk peralatan elektronik, kenderaan mobiliti mikro, dan juga kenderaan elektrik.

Categories
Uncategorized

KFC Dan Pizza Hut Kini Tidak Lagi Menawarkan Air Pepsi – Ganti Dengan Coca-Cola

KFC dan Pizza Hut kini dilihat telah mula menggantikan penawaran air Pepsi yang selalu ditawarkan, kepada penawaran air Coca-Cola. Perubahan ini dilihat sedang dilakukan secara berperingkat di seluruh negara, dengan beberapa cawangan telah mula menawarkan Coca-Cola sebagai ganti Pepsi.

Categories
Uncategorized

Tesla Menjual 75% Pegangan Bitcoin

Tesla kini menyatakan mereka telah menjual 75% daripada pegangan Bitcoin mereka, selepas mengambil kira inflasi serta ketidak-tentuan ekonomi global. Sebelum ini, pada tahun lepas, Tesla telah membeli Bitcoin, dan menambahnya pada penyata kewangan mereka.

Categories
Uncategorized

Google Gemilang – Program Pensijilan Kerjaya Dengan Fokus Kemahiran Digital

Google Malaysia hari ini melancarkan program dinamakan Gemilang. Melaluinya, Google menawarkan pensijilan untuk kerjaya dan kemahiran digital – selari permintaan pada masa kini. Peserta yang menerima pensijilan ini boleh memohon dibeberapa syarikat, termasuk Amanz, Astro, Maybank, Petronas, dan lain-lain.

Categories
Uncategorized

T20 Nikmati RM8 Bilion Subsidi RON95 – Sama Nilai Boleh Bina 160 Buah Sekolah

DOSM kini berkongsi mengatakan golongan T20 menikmati subsidi RON95 sebanyak RM8 bilion, yang mana lebih tinggi berbanding apa yang dinikmati golongan B40. Melalui nilai sama, ia boleh digunakan untuk bina 16 buah hospital berkapasiti 300 katil, atau 160 buah sekolah.

Categories
Uncategorized

Kumpulan T20 Mungkin Kelak Tidak Menikmati Subsidi Untuk Tarif Elektrik

Kerajaan kini bercadang untuk hadir dengan penawaran subsidi bil elektrik secara bersasar, menyasarkan kumpulan pendapatan B40, dan M40 – sementara mungkin kumpulan T20 akan dikenakan surcaj tanpa subsidi.

Categories
Uncategorized

Animasi “Naga-Naga Tasek Daksini : Lagenda Tasik Chini” Akan Disiarkan Akhir Bulan Ini

Leluri Studio, salah satu studio tempatan, kini telah mengumumkan filem animasi mereka, Naga-Naga Tasek Daksina : Lagenda Tasik Chini akan ditayangkan pada 30 Julai 2022 melalui YouTube. Bahagian 1 siri ini akan memfokuskan Puteri Sri Gumum, selain beberapa watak lain.

Categories
Uncategorized

Sukan Asia 2022 Hangzhou Ditangguhkan Setahun – Ke September 2023

Majlis Olimpik Asia kini mengumumkan tarikh baharu penganjuran Sukan Asia Ke-19 di China, iaitu akan dianjurkan bermula 23 September 2023 sehingga 8 Oktober 2023. Sukan Asia ini ditangguhkan selama setahun kerana situasi Covid-19 di negara tersebut, berbanding sepatutnya pada 10 September tahun ini.