Kes melibatkan Twitter dan Elon Musk merupakan salah satu yang mencuri perhatian ramai. Kini, mahkamah mengeluarkan perintah selari permohonan pihak Twitter untuk mempercepatkan perbicaraan kes tersebut, ke bulan Oktober 2022 kelak.
Kes melibatkan Twitter dan Elon Musk merupakan salah satu yang mencuri perhatian ramai. Kini, mahkamah mengeluarkan perintah selari permohonan pihak Twitter untuk mempercepatkan perbicaraan kes tersebut, ke bulan Oktober 2022 kelak.
Netflix kini mengesahkan mereka akan memperkenalkan pelan dengan sokongan pengiklanan pada awal 2023 kelak. Dengan langkah ini, ia memudahkan pengguna untuk melanggan perkhidmatan tersebut tanpa keluarkan kos yang tinggi.
Adidas kini hadir dengan koleksi kasut Adidas Forum, yang mana membawakan rekaan yang diinspirasikan oleh McDonalds. Sebahagian kasut diperbuat menggunakan bahan kitar semula, disamping turut menyertakan logo ikonik McDonalds.
Samsung kini telah mengesahkan bakal mengadakan acara Samsung Unpacked secara rasminya pada 10 ogos 2022 kelak. Melaluinya, Samsung dijangka memperkenalkan telefon lipat Galaxy Z Fold 4 dan Samsung Galaxy Z Flip 4, selain jam Galaxy Watch 5.
Di Jepun, kini tahi lembu akan digunakan sebagai sumber tenaga dalam menjana tenaga elektrik yang lestari. Melaluinya, ia akan menghasilkan tenaga bersih yang dapat menjana kawasan perumahan berhampiran. Pada masa yang sama, ia turut mengelak pengeluaran gas metana bila tahi lembu dibiarkan begitu sahaja.
Mengikut pemerhatian, dalam tempoh 12 bulan akan datang, harga jualan rumah dijangka akan mengalami kenaikkan – mencapai sekitar 11.8%. Disamping itu, ia juga dikatakan mungkin memperlihatkan peingkatan mencapai sehingga 16.5% dalam tempoh 2 tahun akan datang.
Disebabkan oleh ketidak-tentuan ekonomi, ia dilihat turut mengubah corak perbelanjaan orang ramai, membuatkan pengguna mengguna peranti untuk tempoh lebih lama, sekaligus membawa kepada pemasaran telefon pintar merudum 9% pada suku kedua 2022 berbanding tempoh sama sebelum ini.
Yoodo kini mengumumkan kerjasama dengan The Pokemon Company, dan akan menganjurkan Kejohanan Terbuka Pokemon Unite Malaysia 2022. Selari dengan ini juga, Yoodo akan sediakan “add-on” khas dibawah pelan mereka untuk Pokemon Unite bermula Ogos.
Ami, sebuah cincin yang dibangunkan oleh SWA Diamonds kini memegang takhta sebagai cincin dengan berlian terbanyak di dunia – iaitu sebanyak 24,679 berlian asli, membawa nilai kepada hampir RM430k. Rekaan cincin ini mengambil inspirasi cendawan tiram merah jambu.
Snapchat, salah satu aplikasi perkongsian popular kini telah memperkenalkan sokongan perkhidmatan mereka pada web. Namun, buat masa ini, ia masih terhad kepada pengguna yang melakukan langganan berbayar pada Snapchat+ sahaja.