Categories
Uncategorized

Lawan Canva – Adobe Photoshop Kini Boleh Digunakan Di Web

Dalam bersaing secara sihat dengan Canva, kini pihak Adobe telah mula menawarkan Adobe Photoshop versi web kepada para pengguna tempatan dalam bentuk beta. Ini membolehkan anda melakukan pelbagai suntingan gambar terus melalui pelayar web, tanpa perlu memasang perisiannya.

Categories
Uncategorized

Xiaomi Perkenal Telefon Dengan Kamera Leica – Xiaomi 12S Ultra

Xiaomi hari ini memperkenalkan telefon pertama mereka dengan kamera Leica dengan sensor 1-inci keluaran Sony, iaitu Xiaomi 12S Ultra. Disamping itu, telefon ini turut dijana cip terbaru Snapdragon 8+ Gen 1, dan menyokong gambar format 10-bit RAW.

Categories
Uncategorized

Shopee SPayLater Kini Patuh Syariah

Shopee kini umum perkhidmatan SPayLater mereka telah menerima pengesahan patuh syariah. Dengan penerimaan ini, mereka juga turut mengubah kepada caj perkhidmatan ansuran bulanan sebanyak 1.5%, disampinng sekiranya lewat bayar, akaun akan dibekukan, dan perlu bayar RM10 untuk pengaktifan.

Categories
Uncategorized

Kerajaan Akan Sedia Menu Keluarga Malaysia Di IPT Dengan Harga Maksima RM3.50 Per Hidangan

Kerajaan kini mengambil maklum peningkatan harga barangan, sekaligus hadir dengan inisiatif “Menu Keluarga Malaysia” yang akan menawarkan menu makanan berkualiti pada harga siling RM3.50 per hidangan.

Categories
Uncategorized

2.4 Juta Kenderaan Dijangka Membanjiri Lebuh Raya Sempena Raya

Ia kini dijangka sekitar 2.4 juta kenderaaan akan membanjiri lebuh raya bersempena dengan hari Raya AidilAdha pada penghujung minggu ini. Orang ramai diminta merancang perjalanan pulang ke kampung untuk mengelak sebarang kesesakan trafik melampau.

Categories
Uncategorized

Arab Saudi Ingin Kaji Anti-Penuaan Untuk Hidup Lebih Lama

Arab Saudi kini peruntukkan sekitar $1 bilion setahun dalam mengkaji bidang anti-penuaan, sekaligus memanjangkan jangka hayat manusia untuk hidup sihat lebih lama lagi. Buat masa ini, skop penuh kajian belum dikongsikan. Langkah ini mungkin selari rakyat Arab Saudi yang menghidap obesiti dan diabetes semakin meningkat.

Categories
Uncategorized

Filem Mat Kilau Kini Pegang Rekod Filem Tempatan Dengan Kutipan Terbesar Di Malaysia

Filem Mat Kilau kini memecahkan rekod, dan menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi di Malaysia. Mat Kilau kini telah mencatatkan kutipan sebanyak RM39 juta selepas 2 minggu ditayangkan, sementara filem tertinggi sebelum ini adalah Munafik sebanyak RM37.7 juta.

Categories
Uncategorized

Kelak Anda Boleh Dengar Spotify Dalam Kereta Proton

Sistem inforia Atlas yang hadir pada kereta Proton seperti X70, X50, Iriz dan Persona, kini mengumumkan pengenalan sokongan aplikasi penstriman audio Spotify, sekaligus membolehkan pengguna mengawal lagu melalui Spotify Connect. Kemaskini ini akan hadir pada Q3 2022.

Categories
Uncategorized

Unifi Mobile 5G Bakal Ditawarkan Tidak Lama Lagi

SKMM melalui laman Peta Jendela, kini memaparkan perkhidmatan Unifi Mobile 5G bakal ditawarkan tidak lama lagi. Buat masa ini, hanya Yes sahaja yang menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G kepada orang ramai.

Categories
Uncategorized

Apple Watch Series 8 Boleh Memaklumkan Sekiranya Pemakai Demam

Apple dijangka akan menyertakan sensor suhu pada Apple Watch Series 8, sekaligus membolehkan ia memantau perubahan suhu badan, dan memaklumkan pengguna sekiranya mengalami demam. Buat permulaan, ciri yang ditawarkan dijangka agak terhad.