Categories
Uncategorized

KKM Ingatkan Jangan Beli Air Zamzam Online Kerana Mungkin Palsu

KKM kini mengingatkan pengguna supaya tidak membeli air zamzam secara atas-talian kerana ia mungkin adalah palsu. KKM turut ingatkan tiada lesen dikeluarkan KKM untuk penjualan air zamzam di Malaysia setakat ini.

Categories
Uncategorized

Bugatti Kini Turut Menawarkan Skuter Elektrik Tersendiri

Bugatti, jenama pengeluar kereta mewah, kini menawarkan sebuah skuter elektrik, yang boleh bergerak pada kelajuan 30km/j dengan jarak 35km pada pengecasan penuh. Dikenali Bugatti 9.0, ia turut hadir dengan rekaan eksklusif, dan cahaya pantulan yang memaparkan logo Bugatti apabila bergerak.

Categories
Uncategorized

Bintang YouTube, Logan Paul Sertai WWE

Logan Paul, salah seorang bintang YouTube, kini membuat kejutan dan telah menandatangani perjanjian dengan WWE. Logan Paul dijangka bersama dengan WWE untuk tempoh sekurag-kurangnya sehingga 2023 kelak.

Categories
Uncategorized

Saintis Ingin Pasang Penapis Di Angkasa Untuk Kurangkan Kehangatan Matahari Ke Bumi

Saintis kini mengkaji salah satu kaedah untuk mengurangkan kesan perubahan iklim. Salah satu yang kini di kaji di MIT adalah termasuk kaedah memasang penapis berbentuk “Space Bubbles” yang boleh mengurangkan dan memantul kehangatan matahari sebelum tiba ke Bumi.

Categories
Uncategorized

Kaodim Menamatkan Operasi

Kaodim, salah satu aplikasi yang menawarkan perkhidmatan mencari pekerja rencam, termasuk untuk membaiki pili air, kemas rumah, ubah-suai rumah, dan sebagainya. Namun, kini perkhidmatan berkenaan mengumumkan penamatan perkhidmatan, dan tidak lagi beroperasi bermula hari ini.

Categories
Uncategorized

JPA Kaji Pelaksanaan 4 Hari Bekerja Untuk Penjawat Awam

Trend empat hari bekerja semakin mendapat perhatian ramai. Terbaru, Jabatan Perkhidmatan Awam mengatakan mereka telah menubuhkan pasukan khas untuk mengkaji pelaksanaan waktu bekerja 4 hari dalam seminggu, utuk penjawat awam. Laporan lanjutan kajian ini dijangka dikongsikan tidak lama lagi.

Categories
Uncategorized

Thor : Love & Thunder Ditunda Tayangannya Di Malaysia Ke 21 Julai 2022

GSC kini menyatakan tarikh tayangan Thor : Love & Thunder di Malaysia telah ditangguhkan oleh Disney, kepada 21 Julai 2022 – berbanding tarikh awal, 8 Julai. Ia tidak diketahui apakah sebab disebalik penundaan tarikh tayangan filem adiwira baharu ini.

Categories
Uncategorized

Shopee Mula Hadkan Baucar Penghantaran Percuma Kepada Hanya RM3

Shopee sering menawarkan baucar penghantaran percuma untuk para pembeli di platform berkenaan. Namun, untuk bulan ini, ia dilihat Shopee telah mula hadkan baucar penghantaran kepada hanya RM3 untuk Semenanjung, dan RM8 untuk Sabah dan Sarawak.

Categories
Uncategorized

Logo Hari Kebangsaan 2022 Berkonsepkan Jalur Liputan Internet

Kerajaan hari ini mengumumkan tema untuk Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia 2022, iaitu “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”. Menariknya juga logo tahun ini berkonsepkan kepada jalur liputan internet.

Categories
Uncategorized

Kejohanan Dunia FINA: Pendelela-Dhabitah Menang Gangsa Acara 10m Platform Seirama

Dua penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan juga Nur Dhabitah Sabri kini berjaya membawa pulang pingat gangsa melalui acara terjun 10 meter platform seirama wanita pada Kejohanan Dunia FINA 2022 yang berlangsung pada minggu ini.