Categories
Semasa

Kerajaan Tidak Berhasrat Naikkan Umur Persaraan Minimum

Malaysia ke arah populasi tua, dengan anggaran 15% rakyat berusia lebih 60 tahun menjelang 2030. Namun, kerajaan mengatakan tiada sebarang perancangan untuk mengubah umur persaraan minimum yang ditetapkan pada umur 60 tahun hari ini, kerana ia adalah angka umur minimum, dan masih boleh bekerja melangkaui usia tersebut.

Categories
Sukan

Malaysia & Sukan Komanwel : 7 Emas, 8 Perak Dan 8 Gangsa

Selepas 11 hari, di Sukan Komanwerl Birminghan 2022, kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang sejumlah 23 pingat, iaitu 7 Emas, 8 Perak dan 8 Gangsa. Antara yang menyumbang emas adalah acara angkat berat, badminton berpasukan, gimnastik dan juga badminton beregu wanita.

Categories
Teknologi

Samsung Kini Jual Telefon Dengan Storan 1TB Pada Harga RM8299

Samsung hari ini memperkenalkan telefon Galaxy Z Fold 4, yang mana hadir dengan storan bersaiz 1TB, dan ditawarkan pada harga RM8299. Telefon ini hadir dengan skrin boleh-lipat, dan spesifikasi tinggi.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Samsung Galaxy Watch5 Hadir Dengan Sensor Suhu Kulit

Samsung Galaxy Watch 5 diperkenalkan hari ini dengan sebuah ciri baharu, iaitu sensor suhu kulit atau termometer. Ia berasaskan kepada inframerah, dan boleh memberikan bacaan konsisten suhu kulit pemakai, walaupun dalam perubahaan suhu sekeliling.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Samsung Galaxy Z Flip4 Hadir Dengan Mod Penggunaan Baharu

Samsung hari ini perkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri skrin boleh-lipat, iaitu Galaxy Z Flip 4. Ia hadir dengan spesifkasi tinggi, termasuk mod penggunaan baharu dalam merakamkan video. Di Malaysia, ia dijual pada harga bermula RM4099.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Canon Perkenal Figura Transformers Yang Boleh Berubah Menjadi Replika Kamera

Canon dan Takara Tomy kini bekerjasama untuk figura Transformers yang berubah menjadi replika kamera Canon EOS R5. Dua pilihan Transformers ditawarkan, iaitu Optimus Prime dan Decepticon Refraktor. Canon akan menjualnya bermula Februari 2023 kelak.

Categories
Semasa

Waktu Jam Bekerja Seminggu Malaysia Dikurangkan Kepada 45 Jam, Bermula 1 September

Bermula 1 September 2022 kelak, waktu jam bekerja mingguan maksimum Malaysia dikurangkan kepada 45 jam, berbanding 48 jam pada hari ini. Pengurangan 3 jam ini telah pun diluluskan melalui Pindaan Akta Kerja 1955. Langkah ini juga dijangka akan dapat tingkatkan produktiviti pasaran buruh Malaysia.

Categories
Gaya Hidup

Kini Anda Boleh Bayar Isi Minyak Di Stesen Shell Menggunakan TNG RFID

Pengguna kini boleh melakukan pembayaran nirsentuh di 88 stesen minyak Shell seluruh negara. Anda hanya perlu ke pam dilengkapi pengimbas TNG RFID menggunakan kereta dengan pelekat RFID, dan memulakan isian minyak dengan pengesahan melalui TNG eWallet.

Categories
Semasa

45.2% Pengguna Khidmat Bas Percuma GoKL Adalah Warga Asing – Mungkin kelak Akan Dikenakan Caj

Mengikut data terbaru, sekitar 45.2% pengguna kemudahan bas percuma GoKL adalah warga asing. Susulan itu, ia kini dipertimbangkan yang mana pengguna warga asing mungkin dikenakan caj sebanyak RM1 – dan membolehkan sekitar RM9.2 juta dijana negara setiap bulan.

Categories
Semasa

PRU15 Dianggarkan Kos Sekitar RM1 Bilion Sekiranya Dilaksanakan

Ia dianggarkan kos perbelanjaan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 akan menelan belanja sekitar RM1 bilion. Kos ini adalah lebih tinggi berbanding sebelum ini, dikatakan mengambil-kira pertambahan jumlah pengundi. Sekitar 21.1 juta pengundi dijangka mengundi pada PRU15 kelak.