Categories
Gaming

Pengarah Kelahiran Malaysia Akan Hadir Dengan Siri King Kong Untuk Disney+

James Wan merupakan pengarah kelahiran Malaysia yang mengarah sejumlah filem popular, termasuk Fast & Furios 7. Terbaru, beliau akan turut menghasilkan siri aksi-nyata King Kong untuk disiarkan di Disney+. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapa akan berlakon dalam siri tersebut, dan tarikh tayangannya kelak.

Categories
Gaya Hidup

Vans Kini Hadir Dengan Kasut Bertemakan Stranger Things

Stranger Things merupakan salah satu siri-TV popular di Netflix, yang telah pun memasuki tayangan musim ke-4. Selari popularitinya, kini pengeluar kasut VANS bekerjasama dengan Netflix, dan hadir dengan penawaran kasut bertemakan Stranger Things.

Categories
Teknologi

Kisah BlackBerry Bakal Ditayangkan Dalam Bentuk Filem

Kita sedia melihat beberapa jenama difilemkan kisah mereka, seperti Facebook, McDonalds, Apple dan sebagainya. Terbaru, rakaman untuk filem mengisahkan jatuh-bangun BlackBerry turut telah selesai pengambaran, dan dijangka akan ditayangkan tidak lama lagi.

Categories
Semasa

Harga Kopi Dijangka Mungkin Akan Meningkat

Mengikut penganalisa dan pergerakkan pasaran, dalam beberapa bulan akan datang, harga kopi dijangka akan meningkat. Ini kerana penurunan hasil tanaman kopi diperingkat global, serta sistem penuaiannya. Ini ditambah dengan kesan faktor cuaca dan peningkatan kos operasi, harga jualan kopi dijangka akan meningkat.

Categories
Sukan

Usain Bolt Memfailkan Gaya Kemenangan Sebagai Tanda Dagang

Pelari pecut popular dunia, Usain Bolt, kini dilihat telah memfailkan permohonan tanda dagang berbentuk logo gaya kemenangan yang selalu digayakan oleh Usain Bolt selepas berjaya memenangi sesuatu acara. Usain Bolt sering mengayakan dengan berdiri sedikit kebelakang, dan mengangat tangan tunjuk ke langit.

Categories
Sains

Saintis Mengkaji Ikan Yu Yang Boleh Berjalan Di Darat Tanpa Kaki

Saintis kini mengkaji sebuah sebuah spesis ikan yu yang agak unik, dikenali sebagai epaulette. Ikan yu ini boleh “berjalan” di darat dengan menggunakan sirip mereka. Ia dilihat boleh hidup di darat untuk sekitar lebih sejam. Kaedah ini digunakan untuk berlindung dan melarikan diri dari pemangsa.

Categories
Semasa

Najib Razak Kekal Didapati Bersalah – Berdepan Denda RM210 Juta, Penjara Selama 12 Tahun

Pada hari ini (23 Ogos) Mahkamah Persekutuan, setelah mengambilkira pelbagai hujahan, telah sebulat suara bersetuju mengekalkan keputusan bersalah ke atas Datuk Seri Najib Razak berikutan 7 pertuduhan berhubung penyelewengan dana SRC International. Dengan ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta.

Categories
Semasa

Bajet 2023 : Beri Tumpuan Tingkatkan Pendapatan, Peluang Pekerjaan Buat Rakyat Malaysia

Belanjawan 2023 dijangka dibentangkan dalam sekitar dua bulan lagi, dan selari dengannya PM kini berkongsi mengatakan bajet akan beri tumpuan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat, serta memperkasa operasi perniagaan di negara.

Categories
Semasa

Golongan Berusia 30-40 Tahun Paling Ramai Alami Krisis Hutang

Melalui data AKPK, ia didapati mereka yang berusia antara 30 tahun ke 40 tahun mewakili 41.6% daripada 387,000 individu yang berdaftar dengan AKPK. Antara faktor yang mendorong penyertaan kumpulan ini tinggi adalah disebabkan kegagalan mengimbangi jumlah pinjaman rumah, kenderaan bersama tanggungan anak mereka.

Categories
Teknologi

Malaysia Menjadi Negara Pertama Terima Sokongan WhatsApp Communities

Meta hari ini mengumumkan Malaysia akan menerima akses awal kepada ciri WhatsApp Communities. Melaluinya, ia membolehkan pengurusan WhatsApp Groups dengan lebih baik dan efisien, dan tidak lagi perlu pening dengan pelbagai Groups berbeza dibawah sesuatu kategori, tugasan, atau organisasi.