Terbaru, Oppo turut berkongsi mengatakan akan berhenti menyertakan pengecas bersama kotak pembelian dalam tempoh 12 bulan akan datang. Oppo dijangka menghentikan penawaran ini untuk beberapa peranti, secara berperingkat.
Terbaru, Oppo turut berkongsi mengatakan akan berhenti menyertakan pengecas bersama kotak pembelian dalam tempoh 12 bulan akan datang. Oppo dijangka menghentikan penawaran ini untuk beberapa peranti, secara berperingkat.
Penyelidik di Jepun kini membangunkan penyepit elektrik yang boleh meningkatkan rasa masin pada makanan yang mana rasa tersebut diwujudkan tanpa meletakkan atau menggunakan garam yang banyak pada makanan yang disajikan. Rasa masin diwujudkan dengan cara menggunakan rangsangan elektrik dan komputer mini yang dipakai pada gelang tangan.
Selepas sekian lama dinantikan, kini Twitter mengumumkan mereka sedang menguji butang sunting atau “Edit Tweet.” Ia akan membolehkan pengguna melakukan suntingan dalam tempoh sehingga 30 minit selepas ia diterbitkan. Setiap Tweet yang disunting turut akan dilabelkan, dan boleh lihat Tweet sebelum disunting.
Program Visa Premium atau PVIP berkonsepkan Residensi Melalui Pelaburan kini diperkenalkan Malaysia, bagi menarik minat hartawan global untuk menetap dan melabur di negara. Pengenalan program melalui KDN ini memperincikan sasaran awal penyertaan peserta pada tahun pertama program ini seramai 1,000 hartawan bersama anggaran hasil negara mencapai RM200 juta dan simpanan tetap sebanyak RM1 bilion.
Kesemua 64 perlawanan di kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan dapat disaksikan secara langsung oleh pelanggan Pek Sukan Astro bermula 21 November kelak. Daripada 64 perlawanan tersebut, 37 daripadanya adalah eksklusif menerusi tiga saluran khusus di Astro – dua saluran HD serta satu saluran UHD.
Samsung sebelum ini sedia membuang kepala pengecas pada pembelian peranti mereka. Kini, hadir laporan baharu, mengatakan Samsung turut akan membuang kabel pengecas USB-C yang disertakan dalam kotak tidak lama lagi. Perubahan ini dijangka dilakukan pada siri Galaxy A pada 2023 kelak, dan sebahagian daripada langkah Samsung dalam mengurangkan plastik dalam pembelian.
Meta kini menubuhkan sebuah bahagian khusus, ingin melihat kepada kaedah penawaran sejumlah ciri-ciri eksklusif secara berbayar, sekaligus membolehkan Meta menjana pendapatan melalui langganan pada Facebook, Instagram dan juga WhatsApp.
Tony Fernandes yang mengetuai AirAsia, kini berkongsi melalui media sosial beliau, mengatakan kelak mereka akan melakukan penghantaran makanan melalui dron. Dengan menggunakan dron, ia dijangka penghantaran akan lebih efisien dan pantas berbanding sedia ada – dalam masa sekitar 10 minit.