Categories
Faktaria

Tahukah Anda? Ipoh Merupakan Pusat Pendaftaran Kenderaan Pertama Di Malaysia

Tidak ramai yang ketahui, tetapi Ipoh merupakan Pusat Pendaftaran Kenderaan Pertama di Malaysia. Ini membuatkan penggunaan nombor plat “A” untuk Perak. Selain itu, pembinaan tempat letak kereta bertingkat pertama di Malaya juga berlaku di Ipoh, pada tahun 1962 lepas.

Categories
Teknologi

Robot Untuk Mengajar Tai Chi Dibangunkan

Pengkaji di RIT (Rochester Institute of Technology) kini telah membangunkan sebuah sistem robot yang boleh mengajar Tai Chi. Tai Chi dipercayai meningkatkan pergerakkan darah ke otak – yang mana membawa kebaikkan kepada memori dan juga pembelajaran. Penggunaan robot untuk pengajaran ini dijangka akan menawarkan capaian kepada komuniti yang lebih meluas berbanding hari ini.

Categories
Gaming

Arab Saudi Akan Belanja RM 175 Bilion Untuk Menjadi Hab Permainan Video

Arab Saudi ialah negara yang terkenal sebagai pengeluar petroleum terbesar dunia pada hari ini. Tetapi menjelang 2030, Arab Saudi ingin turut dikenali sebagai hab permainan video dunia. Savvy Games Group yang merupakan anak syarikat di bawah dana kekayaan berdaulat Arab Saudi mengumumkan mereka akan melabur 142 bilion Riyal (~RM175 bilion) untuk menjadikan impian ini realiti.

Categories
Semasa

Ahli Farmasi Digesa Lengkapkan Diri Untuk Malaysia Menuju Status Negara Tua

Malaysia semakin menghampiri status menjadi ‘negara tua’, peranan ahli farmasi di negara ini digesa supaya melengkapkan diri dengan lebih baik untuk memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas telah meningkat kepada 7.3% berbanding 7% dalam tempoh hanya setahun.

Categories
Uncategorized

Tesla Memperlihatkan Prototaip Awal Untuk Robot Berbentuk Manusia

Elon Musk hari ini memperlihatkan prototaip awal untuk robot berbentuk manusia yang sedang dibangunkan oleh Tesla. Robot ini dilihat boleh berjalan dan bergerak. Disamping itu, ia juga ditunjukkan yang mana robot ini boleh melakukan tugasan seperti menyiram pokok, atau bertugas pada bahagian operasi kilang.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

MySejahtera Menambah Ciri Kad Penderma Darah Digital

MySejahtera terus menambah ciri-ciri integrasi sebagai hab untuk pelbagai perkara berkaitan kesihatan seseorang pengguna. Terbaru, bermula Oktober ini, ciri baharu akan ditambah pada MySejahtera, iaitu kad penderma darah digital. Melalui kemaskini baru ini, ia akan memaparkan kad penderma darah secara digital, termasuk kelebihan dan juga bilangan seseorang telah menderma darah.

Categories
Sukan

JDT II Muncul Juara Liga Perdana, Kelantan Di Tangga Kedua

Johor Darul Ta’zim (JDT) II bergelar juara saingan Liga Perdana selepas mengatasi Selangor FC II 1-0 di Stadium UiTM, sebentar tadi. JDT II menutup saingan Liga Perdana musim dengan dengan 42 mata, terhasil menerusi 13 kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan. Mereka turut telah menghasilkan 38 gol dan hanya dibolosi 13 kali sepanjang saingan 18 perlawanan.

Categories
Teknologi

Geely Mengambil Pegangan 7.6% Pada Aston Martin

Geely sedia mempunyai pegangan pada sejumlah syarikat automotif, termasuk pengeluar kereta tempatan, Proton. Terbaru, kini Geely turut mengambil pegangan sebanyak 7.6% pada pengeluar kereta mewah, Aston Martin. Dengan ini, Geely terus memperluaskan portfolio mereka. Geely pada hari ini turut mempunyai pegangan pada Lotus, Volvo Car, dan Mercedes-Benz.