Categories
Semasa

Bangunan Setinggi 2 Kilometer Bakal Dibina Di Riyadh

Tidak cukup dengan pelan membina banda linear terpanjang serta tertinggi dunia The Line di Neom, Arab Saudi turut mempunyai perancangan membina bangunan tertinggi dunia pula di Riyadh. Kerajaan Saudi sedang mengumpulkan cadangan dari syarikat senibina terkemuka untuk menara setinggi lebih 2000 meter.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Pengguna iPhone Kini Boleh Menggunakan Rangkaian 5G Di Malaysia

Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini iOS 16.2 kepada para pengguna iPhone, sekaligus menyertakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna tempatan, iaitu sokongan untuk 5G. Mengikut semakan kasar, hanya rangkaian Digi, U Mobile dan Celcom sahaja yang menawarkan sokongan untuk rangkaian 5G di Malaysia buat masa ini.

Categories
Teknologi

Tim Cook Mengesahkan Apple Menggunakan Sensor Kamera Sony Pada iPhone

Apple jarang membuat sebarang pengumuman berkaitan pembekal atau komponen yang digunakan oleh mereka dalam peranti keluaran, terutamanya iPhone. Namun, kini Tim Cook dalam lawatan di Jepun, berkongsi yang mana Apple sedia bekerjasama dengan pihak Sony untuk berdekad lamanya dalam menggunakan sensor Sony sebagai kamera pada iPhone.

Categories
Teknologi

Apple Akan Benarkan Sokongan Kedai Aplikasi Pihak Ketiga Selain App Store

Menurut laporan Bloomberg terbaru, Apple dalam persediaan membenarkan sokongan pemasangan aplikasi secara sideload pada iPhone dan iPad, melalui iOS 17 kelak – selari dengan pengenalan perundangan baharu di Eropah. Disamping itu, Apple juga dijangka akan membenarkan kedai aplikasi pihak ketiga selain App Store digunakan pada iPhone dan iPad.

Categories
Semasa Teknologi

Apple Store Dijangka Dibuka Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Kini, sebuah gambar tertiris ke arena web, memperlihatkan sebuah kedai Apple Store sedang dalam fasa pembinaan di Malaysia. Ia dikatakan Apple akan membukanya di bangunan TRX tidak lama lagi. Dengan pembukaan Apple Store secara rasmi di Malaysia, ia sekaligus akan menjadikan pasaran Malaysia salah satu fokus utama pihak Apple, dan menawarkan lebih banyak perkhidmatan di Malaysia.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Prasarana Cadang Sedia 100 Bas Elektrik Pada 2024

Prasarana, syarikat disebalik RapidKL kini merancang menyediakan sekitar 100 bas elektrik menjelang 2024 kelak. Ini adalah termasuk memperkenalkan 45 bas mini elektrik dengan ukuran panjang antara 7m hingga 8m, diikuti 55 bas elektrik bersaiz besar dengan ukuran 10 hingga 12m.

Categories
Gaya Hidup Kewangan

Elon Musk Kini Bukan Lagi Manusia Paling Kaya Di Dunia

Elon Musk kini dilihat menjadi manusia kedua terkaya di dunia, sekaligus kehilangan takhta manusia paling kaya di dunia yang dipegang sejak 2021 lepas. Penurunan ini adalah disebabkan oleh kejatuhan harga saham Tesla. Kini menduduki tangga teratas sebagai manusia terkaya dunia buat masa ini adalah CEO LVMH, Bernard Arnault yang terkenal dengan jenama seperti Louis Vuitton.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Xiaomi Hadir Dengan Pencabar Untuk Apple Mac Mini

Xiaomi Mini PC kini hadir sebagai komputer kompak yang menjimatkan ruang di meja kerja. Xiaomi Mini PC ini hadir dalam bentuk tubuh berbentuk kiub yang diperbuat daripada bahan aluminium. Xiaomi Mini PC dilengkapi cip Intel Core-i5 Gen-12, memori 16GB DDR4 RAM, storan 512GB PCIe 4.0 VVMe SSD dan grafik Intel Iris Xe. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di China sahaja.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

CapCut Kini Menjadi Antara Aplikasi Yang Dimuat-Turun Paling Tinggi – Mencabar Aplikasi Sosial

CapCut merupakan salah satu aplikasi penyuntingan video yang kini semakin meningkat popularitinya dari hari ke hari. Ia dibangunkan oleh syarikat sama disebalik TikTok, dan kini menduduki antara carta aplikasi yang tinggi dimuat-turun setiap bulan. Ini sekaligus dilihat mencabar aplikasi sosial seperti WhatsApp, Telegram, Instagram dan Facebook.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Acer Kini Bukan Sekadar Pengeluar Komputer – Turut Menawarkan Pembersih Hampagas

Acer ialah jenama yang garang dalam arena komputer menerusi produk Predator mereka. Musuh boleh diburu dalam permainan video pada tetapan grafik yang tertinggi. Tetapi kini mereka memasuki arena pembersih hampagas pula di bawah siri Acerpure. Di Malaysia Acerpure Clean V1 dijual pada harga RM1299 dan AcerPure Clean V1 Lite pula ialah RM599