Categories
Gaya Hidup Teknologi

Microsoft Ingin Bangunkan “Super App” – Integrasi Semua Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi

Microsoft kini dilaporkan mempertimbangkan untuk membangunkan sebuah “super app”, iaitu aplikasi yang mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan dalam satu. Aplikasi tersebut dijangka akan mengintegrasikan sokongan berita, permesejan, dan juga sokongan untuk membeli-belah. Pada hari ini, “super app” yang popular adalah WeChat, mengintegrasikan pelbagai khidmat dalam satu aplikasi.

Categories
Kewangan Semasa

Belanjawan 2023 Akan Dibentang Dan Dibahas Pada Awal Tahun 2023

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang pagi ini, memaklumkan pentadbiran Malaysia akan mula membentang Bajet 2023 pada awal tahun 2023. Langkah itu akan dilaksanakan dan dibahaskan pada sesi Parlimen tahun hadapan setelah dirasmikan Yang di-Pertuan Agong.

Categories
Kewangan Semasa

Wang Simpanan 63% Rakyat Malaysia Didapati Tidak Mampu Bertahan Lebih Dari 3 Bulan

Di bawah kajian literasi kewangan Malaysia RinggitPlus 2022 (RMFLS2022) terbaru, ia didapati 7 daripada 10 rakyat Malaysia mampu menyimpan kurang daripada RM500 sebulan. Data ini sekaligus menjadikan ia antara dapatan yang terburuk didapati sepanjang kajian dalam 5 tahun. 63% juga akui tidak mampu bertahan bersama wang simpanan untuk tidak lebih dari 3 bulan.

Categories
Sains

Neuralink Dijangka Mula Ujian Klinkal Manusia Dalam Masa 6 Bulan – Pasang Cip Ke Otak

Neuralink, sebuah yang sedang membangunkan teknologi cip pemprosesan yang boleh dipasangkan ke otak manusia, mengumumkan akan mula ujian klinikal ke atas manusia dalam tempoh 6 bulan lagi. Kegunaan cip implan ini, sekiranya ia berjaya ialah ia dijangka membolehkan pengguna untuk menggerakkan anggota badan yang lumpuh, memulihkan penyakit seperti Alzheimer’s dan Parkinson’s, serta mengawal kelengkapan elektronik menggunakan minda.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

TM Kini Mencatatkan 3 Juta Angka Langganan Unifi

Telekom Malaysia kini mencatatkan pencapaian terbaharu mereka, mencatatkan seramai 3 juta angka langganan Unifi sehingga ke hari ini. Selari dengannya, dalam menyambut pencapaian terbaru ini, TM kini menawarkan akses kepada Unifi TV secara percuma sehingga Januari 2023 kelak.

Categories
Semasa Teknologi

PM Anwar : Kontrak Kelengkapan Rangkaian 5G Akan Diteliti Semula

PM Anwar Ibrahim hari ini mengatakan pemilikan spektrum rangkaian 5G oleh DNB dilakukan secara tidak telus. Disebabkan itu, Perdana Menteri mahukan kontrak RM11 bilion yang diberikan kepada syarikat pembekal kelengkapan telekomunikasi Ericsson untuk dinilai semula, dan memastikan bahawa pemberian sebarang kontrak untuk infrastruktur negara dilakukan secara telus

Categories
Semasa

Menteri Setuju Potong Gaji 20%, Sehingga Ekonomi Pulih – PM Anwar Ibrahim

PM mengumumkan pada sidang mesyuarat pagi tadi, kabinet menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji 20% sebagai tindak-balas membantu memulihkan ekonomi negara. Tindakan ini menurut PM Anwar akan dilaksanakan sehingga ekonomi Malaysia kembali pulih. Ini bermakna tiada tempoh mutlak pemotongan gaji ini dilaksanakan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kereta Elektrik Pertama Dikuasakan Tenaga Solar, Kini Melalui Fasa Pengeluaran

Lightyear kini mengumumkan fasa pembangunan baharu dalam syarikat mereka, iaitu fasa pengeluaran Lightyear 0. Lightyear 0 merupakan kereta dikuasakan tenaga elektrik, tetapi turut boleh dicas menggunakan cahaya matahari. Dengan langkah ini, pengguna boleh kekal mengecas kenderaan ketika digunakan pada siang hari, sekaligus tidak perlu pening mencari stesen pengecas setiap hari.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

SMS Kini Berusia 30 Tahun – Pertama Kali Diperkenalkan Pada 1992

Khidmat pesanan ringkat atau lebih dikenali sebagai SMS (Short Message Service) di kalangan pengguna telefon mudah alih. SMS pertama telah dihantar pada 3 Disember 1992 – 30 tahun yang lalu oleh Neil Papworth seorang jurutera di Sema Group kepada Richard Jarvis seorang kakitangan Vodafone. Kini, selang 30 tahun, ia masih digunakan, walaupun telah kurang kekerapannya.

Categories
Kewangan

Mulai 5 Disember, Semua Transaksi CIMBClicks Lebih RM100 Perlukan Pengesahan SecureTAC

Bermula 5 Disember 2022, semua transaksi melalui CIMB Clicks melebih RM100 akan memerlukan pengesahan menggunakan SecureTAC. Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi akan menerima SMS TAC untuk pengesahan transaksi melebihi RM100, dan perlu melakukan pengesahan menggunakan SecureTAC yang dilihat lebih selamat berbanding SMS.