Categories
Kewangan

BNM : Rakyat Malaysia Berisiko Habis Wang Pencen 19 Tahun Sebelum Meninggal Dunia

Terbaharu, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) pada Tinjauan Ekonomi, Monetari 2022 – rakyat Malaysia didapati berisiko kehabisan simpanan wang saraan mereka, 19 tahun sebelum mereka meninggal dunia. Kesan ini menurut BNM turut diselarikan dengan dapatan PBB 2022 – bahawa purata jangka hayat global disasar meningkat lebihi 77 tahun menjelang 2050. Maka hasil peningkatan jangka hayat itu, untuk rakyat Malaysia dianggarkan kehabisan simpanan wang sara, 19 tahun sebelum meninggal dunia.

Categories
Kewangan

BNM : 80% Pengguna BNPL Berpendapatan Bawah RM3,000

Corak perbelanjaan rakyat Malaysia dilihat mulai berbeza setelah pilihan secara Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL) diperkenalkan di negara, sejak beberapa tahun lalu. Namun susulan permintaan dan kuasa beli pengguna semakin menurun kesan ketidaktentuan ekonomi pada tahun 2022, kadar perkembangan BNPL dilihat semakin sederhana. Mengikut data, 44% pengguna BNPL adalah berusia antara 18 sehingga 30 tahun, dan 80% adalah berpendapatan bawah RM3000.

Categories
Sukan

Farid Kamil Akan Berlakon Sebagai Rashid Sidek Dalam Filem “GOLD”

Kejayaan perseorangan lelaki badminton para negara, Cheah Liek Hou merangkul pingat emas di Paralimpik Tokyo 2020 akan difilemkan. Filem bergenre drama sukan yang berdasarkan kisah benar ini diberikan judul GOLD. Dua watak utamanya, Cheah Liek Hou dan Rashid Sidek akan dilakonkan oleh Jack Tan dan Farid Kamil masing-masing.

Categories
Gaya Hidup

Perancis Mungkin Wajibkan “Influencer” Labelkan Gambar Yang Menggunakan ‘Filter’

Perancis mungkin akan mewajibkan pempengaruh untuk melabelkan sama ada foto atau video yang disiarkan telah diubah suai atau menggunakan filter. “Kami akan mewajibkan mereka untuk memaparkan penggunaan filter atau mengubah suai kandungan foto dan video semasa perkongsian berbayar,” kata pihak berkuasa Perancis, menjelaskan bahawa mereka berusaha untuk mengehadkan kesan psikologi negatif terhadap pengguna internet.

Categories
Teknologi

Twitter Kini Menawarkan Algoritma Pengesyoran Dalam Bentuk Sumber Terbuka

Seperti dijanjikan oleh Elon Musk, kini perkhidmatan media sosial Twitter telah pun menerbitkan kod sumber untuk algoritma pengesyoran pada platform tersebut dalam bentuk terbuka di GitHub. Dengan penawaran ini juga, ia sekaligus memperlihatkan bagaimana kaedah Twitter dalam memaparkan tweet-tweet pada halaman “For You’ pada platform berkenaan.

Categories
Teknologi

Google Drive Mempunyai Had Jumlah Storan Kepada 5 Juta Fail Setiap Pengguna

Google Drive merupakan perkhidmatan Google yang membolehkan menyimpan fail, dokumen, serta pelbagai perkara, dan turut berkongsi dengan yang lain melaluinya. Ia ditawarkan dalam bentuk pelan percuma dan juga pelan berbayar untuk storan tambahan. Apa pun, kini ia diketahui yang mana Google menerapkan had jumlah fail yang boleh disimpan pada sesuatu akaun Google Drive, iaitu sebanyak 5 juta fail atau dokumen untuk setiap akaun pengguna.