Categories
Teknologi

Xiaomi CyberDog 2 Hadir Dengan Sejumlah Kemaskini – Lebih Menyerupai Anjing

Dua tahun selepas Xiaomi CyberDog dilancarkan, hari ini Xiaomi CyberDog 2 pula dilancarkan. Kali ini anjing siber ini mempunyai saiz yang lebih kecil, kerana menurut Xiaomi model asal sedikit menakutkan kanak-kanak. CyberDog 2 hanya seberat 8.9 kg dan sepanjang 36.7cm. Walaupun lebih kecil ia lebih bijak dan kompleks dengan ia dilengkapi 12 motor bagi membolehkan ia bergerak dengan kelajuan 1.6 m/s. X

Categories
Teknologi

Apple Watch X Dengan Rekaan Lebih Nipis Sedang Dibangunkan

Apple Watch akan menyambut ulang tahun jualannya yang ke sepuluh pada tahun 2025. Sempena ulang tahun yang penting ini, Apple kini dijangka memperkenalkan Apple Watch X yang hadir dengan kemaskini rekaan serba baharu kepada keluarga jam tangan pintar Apple, termasuk rekaan yang lebih nipis.

Categories
Sains

Singapura Hasilkan Daging Sotong Cetakan 3D Berasaskan Sayuran

Teknologi menghasilkan daging lembu, ikan, ayam dan khinzir berasaskan sayur-sayuran telah mata sejak empat tahun yang lalu. Firma Malaysia Phuture Food adalah antara yang terawal cuba memberikan cabaran kepada syarikat Impossible Meat. Kini penyelidik dari National University of Singapore (NUS) berjaya menghasilkan pula daging sotong yang diperbuat daripada sayuran menggunakan cetakan 3D.

Categories
Kewangan

Maybank MAE Akan Tambah Sokongan Multi-Akaun Pada Suku Ke-4 2023

Maybank kini berkongsi mengatakan mereka akan menambah penggunaan dan sokongan untuk lebih daripada satu akaun di aplikasi MAE menjelang suku ke-4 tahun 2023 ini. Dengan langkah ini, ia sekaligus akan mengatasi masalah yang dihadapi oleh ramai pengguna – dimana tidak boleh menggunakan lebih daripada satu akaun pada satu peranti pada sesuatu masa.

Categories
Semasa

PRN : Pengundi Mengekalkan Kerajaan Di 6 Buah Negeri

Pilihan Raya Negeri telah berlangsung di 6 buah negeri pada 12 Ogos 2023, melibatkan negeri Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang. Kerajaan di enam-enam buah negeri tersebut kekal seperti sebelum ini. Dengan perkembangan ini, setiap negeri dijangka mengumumkan Menteri Besar masing-masing dalam masa terdekat, dan meneruskan pentadbiran negeri seperti biasa.

Categories
Teknologi

Aplikasi ChatGPT Untuk Android Kini Boleh Dimuat-Turun Di Malaysia

OpenAI kini telah mula menawarkan muat-turun untuk aplikasi ChatGPT bagi para pengguna telefon dan peranti Android di Malaysia. Dengan langkah ini, semua pengguna peranti Android di Malaysia boleh memuat-turun aplikasi ChatGPT, dan menggunakannya dalam bertanyakan pelbagai soalan atau mendapatkan sesuatu maklumat dengan sokongan kecerdasan buatan.

Categories
Gaya Hidup

Spotify Meningkatkan Harga Langganan Di Malaysia – Kini Bermula RM15.90 Sebulan

Melalui emel yang dihantar pihak Spotify bermula hari ini, pelan Spotify Premium untuk individu yang berharga RM14.90 sebulan sebelum ini, akan ditingkatkan kepada RM15.90 sebulan selepas ini. Disamping itu, Premium Family pula yang berharga RM23.80 sebulan sebelum ini akan ditingkatkan kepada RM24.90 sebulan selepas ini.