Categories
Gaya Hidup Teknologi

MydinPay Diperkenalkan – Dompet Digital Untuk Pembayaran Di Gedung Mydin

Mydin hari ini secara rasminya telah memperkenalkan dompet digital versi baharu, dinamakan sebagai MydinPay – sekaligus memberikan lebih pulangan tunai dan mata ganjaran kepada para pembeli di gedung beli-belah Mydin seluruh negara. MydinPay ini dilihat dibangunkan oleh Wavpay, menawarkan kemudahan untuk melakukan tambah-nilai, dan membayar sejumlah perkhidmatan terus melalui dompet digital berkenaan.

Categories
Sains Teknologi

AI Yang 10,000 Kali Ganda Lebih Pintar Banding Manusia Dijangka Hadir Dalam 10 Tahun

CEO SoftBank, Masayoshi Son kini berkongsi di Jepun berkenaan sasaran dalam arena kecerdasan buatan, dan mengatakan kelak kecerdasan buatan atau AI ini akan menjadi 10,000 kali ganda lebih pintar berbanding manusia. Perubahan ini dipanggil dengan nama ASI (Artificial Super Intelligence), dan dijangka akan dicapai dalam tempoh sekitar 10 tahun lagi.

Categories
Gaya Hidup

Luckin Coffee Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Luckin Coffee, salah satu syarikat penyedia minuman dengan fokus terhadap kopi, kini dilaporkan bakal memasuki pasaran Malaysia melalui kerjasama dengan firma tempatan. Ia dikatakan firma tempatan yang bekerjasama tersebut sedia disenaraikan di Bursa Malaysia. Luckin Coffee sebelum ini telah diasaskan pada tahun 2017 di China, dan mempunyai sekitar 18590 cawangan di seluruh dunia.

Categories
Teknologi

Apple Store Pertama Di Malaysia Kini Di Buka – Guna Tenaga Lestari Sepenuhnya

Apple kini telah membuka kedai fizikal mereka secara rasminya di Malaysia, dimana kedai pertama mereka terletak di The Exchange TRX. Melalui Apple Store, pengguna boleh mendapatkan pelbagai produk Apple, disamping mendapatkan khidmat nasihat, serta mengikuti pembelajaran melalui “Today at Apple”. Apple juga berkongsi mengatakan Apple Store Malaysia menggunakan tenaga lestari sepenuhnya.

Categories
Gaming

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Cadang Pembinaan Stadium Esukan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini meminta pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk berkongsi perkembangan terbaru dalam arena esukan yang kian meningkat popularitinya dari hari ke hari, dan pada masa yang sama menyarankan supaya sebuah stadium khas disediakan untuk acara esukan sebagai tanda sokongan dan galakkan bagi industri tersebut.