Categories
Uncategorized

Pantas! – The Batman Akan Memasuki Perkhidmatan Penstriman HBO Go Minggu Hadapan

The Batman merupakan filem adiwira terbaru dari DC yang telah pun ditayangkan di Malaysia sejak bulan Mac lepas. Menariknya, selepas sebulan ia ditayangkan di pawagam, kini filem berkenaan akan boleh ditonton terus melalui perkhidmatan penstriman HBO Go di Malaysia bermula 18 April 2022. Perkhidmatan ini boleh dilanggan pada harga RM34.90 sebulan di Malaysia.

Categories
Uncategorized

AirAsia Mungkin Hadir Dengan Perkhidmatan Teksi-Terbang Seawal 2025

AirAsia sedia terkenal dengan penawaran penerbangan pada harga kompetitif, menghubungkan pelbagai negara di Asia Tenggara. Kini, selain daripada antara negara, AirAsia juga sedang melihat untuk menghubungkan perjalanan antarabandar dengan pantas melalui penggunaan teksi-terbang. Untuk tujuan tersebut, AirAsia telah umum kerjasama dengan Avolon, dan menyasarkan untuk mendapatkan kenderaan teksi-terbang seawal 2025 kelak.

Categories
Uncategorized

Sony Melabur $1 Bilion Pada Syarikat Sebalik Fortnite

Epic Games yang sedia popular dengan permainan Fortnite, hari ini mengumumkan mereka telah meraih suntikan pelaburan berjumlah $2 bilion – daripada Sony dan juga Lego. Dengan pelaburan baharu ini, ia membawa nilai Epic Games kepada $31.5 bilion.

Categories
Uncategorized

Vivo Memperkenalkan Telefon Dengan Skrin Boleh-Lipat

Vivo kini telah memperkenalkan telefon boleh-lipat seperti Samsung, hadir dengan skrin 6-inci yang boleh dibuka membentuk skrin bersaiz 8-inci. Vivo mengatakan ia boleh dibuka dan tutup lebih 300,000 kali, dan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, selain kamera berteknologi ZEISS.

Categories
Uncategorized

Kenapa Kuda Tidur Secara Berdiri?

Kuda tidur secara berdiri, kerana ketika duduk, ia sedikit berbahaya untuk haiwan berkenaan daripada bangun dan lari dari pemangsa. Hal ini disebabkan oleh masa yang diambil oleh haiwan berkenaan untuk berdiri, yang sedikit lambat berbanding dengan haiwan-haiwan lain. Apa pun, terdapat masa yang kuda akan tidur nyenyak dengan duduk dibawah, dan dijaga oleh ahli kumpulan kuda yang lain.

Categories
Uncategorized

KLIA Uji Teknologi Pengecaman Wajah Ganti Pas Penerbangan

KLIA kini telah mula menguji teknologi pengecaman wajah untuk penerbangan ke Langkawi – membolehkan pengguna mendaftar imbasan wajah di kaunter dan seterusnya melalui pintu penerbangan dengan mudah dan pantas. Data pengguna tidak disimpan, dan dipadam tiga jam selepas penerbangan berlepas dari KLIA.

Categories
Uncategorized

Kelak, Anda Boleh Menjadi Pelancong Angkasa Lepas Menggunakan Belon

Menjelang 2024 kelak, anda boleh melawat permulaan angkasa pada jarak 30,000 meter menggunakan belon helium, dan melihat permukaan melengkung bumi. Dijayakan oleh World View, ia akan ditawarkan di beberapa lokasi pelancongan terkemuka. Namun, tiket untuknya dijangka dijual pada harga hampir RM211,000 seorang.

Categories
Uncategorized

Alchemiya – Satu Lagi Perkhidmatan Penstriman, Memfokuskan Kandungan Muslim

Kini, sebuah lagi perkhidmatan penstriman telah mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia, iaitu Alchemiya. Ia menawarkan kandungan muslim terdiri daripada siri-TV, animasi, filem, dokumentari dan sebagainya pada harga langganan RM12.90 sebulan, atau RM129 setahun.

Categories
Uncategorized

Kerajaan Beri Kredit RM150 Untuk Belia – Dibelanjakan Di Kedai Fizikal

Kerajaan hari ini telah mula beri kredit sebanyak RM150 untuk para belia berusia 18-20 tahun, dan mereka yang mengikuti pengajian sepenuh masa di IPT. Ia boleh ditebus melalui dompet digital BigPay, Grab, ShopeePay, dan TNG eWallet. Kredit boleh digunakan untuk belanja di kedai fizikal, dan bukan atas-talian.

Categories
Uncategorized

Kejohanan Piala Mobile Legends MSC 2022 Akan Dianjurkan Di Kuala Lumpur

Buat julung kalinya, acara kejohanan Piala Asia Tenggara untuk Mobile Legends Bang Bang akan dianjurkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia akan berlangsung pada bulan Jun 2022 ini, melibatkan 12 pasukan, dan hadiah berjumlah $300,000.