Categories
Sains

Nyamuk Jantan Juga Menghisap Darah Manusia Menurut Kajian Terkini

Nyamuk jantan di dalam makmal dikesan turut menghisap darah yang disediakan untuk nyamuk betina. Nyamuk jantan yang menghisap darah biasanya akan mati kerana ianya toksik tetapi dalam pemerhatian mereka, nyamuk jantan ini hidup seperti biasa tanpa kesan negatif. Setakat ini lima spesis nyamuk jantan dikesan menghisap darah iaitu Culex tarsalis, Culex quinquefasciatus, Aedes aegypti, Aedes notoscriptus, dan Anopheles stephensi. Daripada spesis ini, Aedes aegypti dan Culex quinquefasciatus wujud di Malaysia dengan ia menyebarkan penyakit denggi dan ensefalitis Jepun.