Categories
Semasa

Pakistan Mempunyai Kualiti Udara Terburuk Tahun 2025

Pencemaran udara menyebabkan masalah kesihatan dan membebankan sistem perubatan sesebuah negara. Laporan tahunan ke-8 IQAir menganalisis data PM2.5 dari 9,446 bandar di 143 negara dan mendapati Pakistan ialah negara dengan kualiti udara terburuk sepanjang 2025. Pakistan di tangga teratas dengan pencemaran 67.3 µg/m³ diikuti oleh Bangladesh (66.1 µg/m³), Tajikistan (57.3 µg/m³), Chad (53.6 µg/m³) dan Republik Demokratik Kongo (50.2 µg/m³).