Kini anda boleh gunakan akses internet di gunung tertinggi di benua Afrika. Rangkaian selular dan internet akhirnya boleh diakses selepas dilancarkan oleh kerajaan Tanzania. Pada waktu ini capaian internet selular boleh digunakan sehingga ketinggian 3720 meter dengan ia akan dikembangkan sehingga puncak Kilimanjaro pada ketinggian 5895 meter menjelang penghujung 2022.