Kerajaan kini berkongsi sasaran untuk selesai mengedarkan peranti dibawah inisiatif PerantiSiswa menjelang November 2022 kelak. Pengedaran untuk fasa pertama dijangka akan selesai dalam tempoh dua minggu lagi, sebelum pengedaran untuk fasa kedua bermula sekitar Oktober kelak. Sekitar 300,000 permohonan telah diterima setakat ini.