Sekitar 46.2% pekerja Malaysia yang terdiri daripada anak muda sekadar memiliki jumlah gaji bulanan bawah RM2,500. Menyedari perkara ini, Perdana Menteri Ismail Sabri pada sidang Idea Bina Negara hari ini (4 Oktober) memaklumkan pentabiran persekutuan akan menggandakan pelbagai inisiatif sokongan untuk membantu anak muda menangani isu ini.