Pada 27 September lalu, satelit DART dihempas ke permukaan asteroid pada kelajuan melebihi 22,000 km/j. Misi ini dilakukan bagi melihat sama ada teknik menghentam DART yang sebesar mesin layan diri ke permukaan Dimorphos sebesar sebuah stadium akan mengubah hala tujunya. Saintis NASA kini mengesahkan pasca dihentam, orbit Dimorphos berjaya dipendekkan sekitar 32 minit berbanding 11 jam 55 minit sebelum ini.
Categories