Jumlah pekerja asing di negara kini kembali mencapai 2.1 juta individu, sepertimana yang dicatatkan pada data dua tahun lalu. Angka ini sedikit meningkat berbanding data tahun 2021 yang mencatatkan jumlah 1.9 juta pekerja asing. Angka tersebut dijangka terus meningkat, ekoran sektor ekonomi negara masih memerlukan tambahan 15% lagi pekerja asing untuk menampung keperluan negara.