Indeks Harga Pengguna (IHP) yang turut menilai paras inflasi utama Malaysia ketika ini telah memaparkan penurunan inflasi kepada 4.5% bagi September 2022. Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melihat penurunan tersebut telah didorong hasil inflasi Makanan meningkat lebih perlahan pada kadar 6.8 peratus berbanding Ogos 2022 (7.2%).