Proton hari ini berkongsi perancangan untuk memperkenalkan kereta elektrik mereka di pasaran menjelang 2027 – iaitu dalam tempoh sekitar lima tahun lagi. Pihak Proton juga turut akan memasarkan kenderaan elektrik melalui anak syarikat PRONET bermula tahun hadapan – melalui kenderaan pertama dibawah pengedarannya, iaitu SMART #1.
