Menerusi laman Guinness World Records, sebuah batu permata zamrud yang belum dipotong telah ditemui di Zambia. Ia merupakan zamrud yang terbesar di dunia yang mempunyai berat luar biasa iaitu 7,525 karat sekitar 1.505 kg. Zamrud itu pertama kali ditemui oleh ahli geologi Manas Banerjee dan Richard Kapeta serta pasukan mereka pada tahun lepas sekitar bulan Julai 2021 di lombong Kagem yang terletak di Wilayah Copperbelt Zambia.
