Mattel Inc iaitu syarikat pengeluar untuk kereta mainan Hot Wheels telah mengumumkan, bersempena dengan ulang tahun Mattel Malaysia yang ke-40, mereka akan bekerjasama dengan Proton untuk hadir dengan model Proton Saga pertama yang dikeluarkan pada tahun 1985. Model ini akan dihasilkan dengan skala 1:64 dan akan mula dipasarkan pada akhir tahun ini.