Menyedari paras gaji permulaan jurutera di Malaysia yang dilihat lebih rendah berbanding negara luar, Kementerian Kerja Raya kini memaklumkan pewujudan satu jawatankuasa untuk mengkaji semula gaji permulaan jurutera di negara. Ini kerana ketidakseimbangan penawaran gaji permulaan tersebut berpotensi membawa kepada pengurangan tenaga kerja jurutera di negara dan ia berpotensi jadi faktor utama mengapa golongan muda tidak mahu ceburi profesion jurutera.
Categories