Stesen televisyen berbayar, Astro mengumumkan menambah dua saluran sukan yang khusus kepada bola sepak Liga Malaysia iaitu Arena Bola dan Arena Bola 2. Kedua-dua saluran itu dapat ditonton para peminat bola sepak tempatan dengan definisi tinggi (HD) melalui saluran Astro 803 dan 804 masing-masing serta strim di Astro GO apabila dilancarkan bermula 23 Februari kelak.
Categories
Astro Tambah Dua Saluran Sukan Untuk Liga Malaysia – Arena Bola & Arena Bola 2