Kementerian Kesihatan Malaysia kini hadir dengan infografik ringkas, menasihatkan ibu bapa supaya memastikan tiada langsung pendedahan gajet pada anak-anak yang berusia dibawah 2 tahun. Hal ini kerana ketagihan gajet boleh berlaku seawal usia 3 tahun. Ini sekaligus akan membawa beberapa kesan kepada anak-anak, termasuk tidak berminat dengan aktiviti lain, lambat bercakap, kurang berinteraksi, dan juga mudah tantrum atau marah apabila tidak diberikan gajet.
Categories
KKM Nasihatkan Supaya Tiada Pendedahan Gajet Pada Anak Berusia Bawah 2 Tahun
