Xiaomi kini memperlihatkan teknologi baharu yang dibangunkan mereka, iaitu kebolehan pengecasan pantas pada kadar 300W. Melalui teknologi ini, ia memperlihatkan kebolehan mengecas penuh bateri 4100mAh pada telefon Redmi Note 12 Pro+ dalam masa hanya 5 minit. Menggunakan video yang dikongsikan, Xiaomi mengecas sehingga 50% dalam masa hanya 2 minit 13 saat, dan dapat mencapai pengecasan penuh 100% dalam masa kurang 5 minit.
Categories
Xiaomi Perlihatkan Teknologi Pengecasan Pantas 300W – Cas Penuh Telefon 100% Dalam Masa Kurang 5 Minit
