L’Oreal, salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena kosmetik, kini mengukuhkan lagi portfolio dan pegangan pasaran dengan mengambil-alih jenama kosmetik Aesop. Pengambil-alihan ini dinilaikan sekitar RM11.04 bilion. Syarikat induk Aesop sebelum ini, Natura & Co dilihat menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan, dan penjualan ini dijangka membantu kembali kedudukan dan kewangan mereka.