Categories
Semasa

Proton Dan Perodua Tawar Pakej Auto Rahmah Untuk Servis Kenderaan

Bagi meringankan bebanan kos penyelenggaraan pemilik kenderaan, Pakej Auto Rahmah 2023 kini diperkenalkan buat para pengguna. Mengikut perkongsian MITI, ketika ini jenama Proton dan Perodua menjadi antara yang menyediakan penawaran tersebut yang menyediakan diskaun sehingga 30% untuk penyelenggaraan. Buat pengetahuan untuk Proton, model kenderaan yang layak di bawah pakej servis ini adalah Persona, Iriz, Exora, Saga, Inspira, Waja dan Wira. Manakala Perodua pula bagi model Axia dan Bezza sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *