Menteri Komunikasi dan Digital hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju pelaksanaan 5G di Malaysia diteruskan melalui DNB sehingga mencapai 80% liputan dikawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023. Manakala peralihan ke dwi-rangkaian akan dilaksanakan selepas itu, berpandukan kepada syarat-syarat yang selari diperingkat global. Kompisisi pihak penyedia perkhidmatan dalam Entiti A dan Entiti B (apabila peralihan ke dwi-rangkaian) akan diputuskan kelak.