Meta dijangka memperkenalkan aplikasi memfokuskan teks seumpama Twitter, seawal penghujung Jun 2023 kelak. Aplikasi dibawah Instagram ini dijangka ditawarkan dalam bentuk aplikasi berasingan, dan membolehkan pengguna melakukan perkongsian teks sehingga 500 aksara. Selain teks sahaja, seperti Twitter, pengguna turut boleh menyertakan gambar dan video pada perkongsian tersebut. Meta turut dijangka mengintegrasikan ciri terpencar pada platform baru mereka ini.
Categories